Saturday 17 March 2018

Peluang Perniagaan Online Dari Rumah Tanpa Modal 2018 | Jann


DUIT OH DUIT

Zaman laa ni, zaman duit. Semua benda perlukan duit, even nak masuk tandas nak shishi (hadas kecik besar) pun kena guna duit. Sesetengah tempat dah kena bayar 50 sen ke seringgit dah tau. Punyalah nilai duit dah berubah

Tapi tu la, mana boleh nak samakan zaman dulu dengan zaman sekarang ni. Seringgit sekarang rasanya dah nilai sama dengan 50 sen zaman dulu dah. Ke dah lebih? Dulu tahun 90an Jann bawak duit 50sen je gi skolah, sekarang bebudak paling kurang rm5 kan bawak g sekolah

Pertumbuhan ekonomi tu bagus, tapi dari segi tu je la naiknya. Gaji apa semua tu masih di tangga yang sama. Ada lagi tau zaman sekarang ni gaji 2 ke 3 ratus. Lahaii lah camne la tu nak teruskan hidup di zaman serba serbi mahal ni

Iyee betul, tak caya ce gi tanya orang yang keje mana mana, kesian Jann tengok dapat banyak tu je. Tu pun nasib baik ada jugak syarikat yang ikut saranan akta buruh paling minimum kena bayar 1k kat pekerja. Dapat yang bebetul ikut alhamdulillah, tapi yang tak ikut cenggitu je la, pekerja yang seksa

Anyway, walaupun cenggitu, takkan la kita nak ada di takuk yang sama je kan. Sekarang ni dah bermacam peluang ada untuk kita upgrade lagi taraf hidup kita. Zaman teknologi, zaman dah maju semua di hujung jari. Banyak je peluang pekerjaan tak kira la secara santai atau pun sungguh sungguh, semua atas diri kita la

Dah takleh harapkan orang lain dah. Cuba bayangkan satu hari nanti suami meninggal, isteri pulak surirumah. Atau kita anak sulung, pastu ayah meninggal. Confirm la secara langsung atau tak tanggungjawab tu jatuh atas bahu kita kan. Kita yang kena galas tanggungjawab cari nafkah untuk keluarga

Ok long story short, actually Jann nak bagitau yang kita boleh je nak dapatkan pendapatan sampingan. Walaupun dah ada kerja tetap, tapi kalau ikutkan sekarang ni cukup ke gaji kita nak beli itu ini? Nak jugak kan ada rasa 'yeayy boleh berbelanja sesuka hati, boleh belanja mak ayah tanpa ragu-ragu' ‘nak sedekah pun bagi 100 ringgit tu kira keluar camtu je duit'

Kalau ada rasa camni, Jann rasa anda memang patut baca artikel ni. Kat sini Jann akan kongsi dengan anda semua 

"Peluang Perniagaan Online Dari Rumah Tanpa Modal 2018"


Haa camne tu? Ada ke peluang macam tu?

Yee, ada. Banyak kat luar sana bisnes online yang menawarkan peluang camni. Nasihat Jann, kalau jumpa opportunity untuk buat bisnes, silalah grab terus. Tahun 2018 ni peluang tak datang berkali kali dan tak datang bergolek golek. Dah ada depan mata sambar je okey. Berlambak bisnes dari rumah secara dropship yang ditawarkan

Dah kita kat zaman serba canggih ni kan, setiap orang mesti ada handphone, komputer dan internet kan. Haa jangan kata tak la yer sebab itu yang sebetulnya kan 😉 I know you well. Kalau takde camne korang boleh terjebak baca artikel ni pulak kan. Hihi

Ada yang nak tau cara buat duit dengan handphone & internet untuk jana pendapatan sampingan? Rujuk gambar di bawah ye

Peluang Perniagaan Online Dari Rumah Tanpa Modal 2018
Peluang Perniagaan Online Dari Rumah Tanpa Modal 2018

Haa nilah dia peluang yang Jann cakap tu, peluang berniaga bersama Mary Jardin. Dalam Mary Jardin ni, untuk permulaan cukup dengan persiapkan diri untuk terima ilmu je, sebab dalam team kami banyak sangat peluang untuk kita upgrade diri menjadi seorang yang lebih better dari sebelumnya. Ilmu situ sana sini ada

Kat bawah Jann share beberapa kelas dan seminar yang selalu Branch Office dan juga HQ sediakan untuk agent agent dalam memantapkan diri menjadi lebih bagus

Seminar bersama Lady CEO anjuran Majalah Niaga

Seminar FB Ads Free Sponsored by BO & HQ

Free Sharing dari Nouriccier Ddy Owner Branch Office Kelantan

Best kan banyak kelas dan seminar/training FREE situ sini. Yang dahagakan ilmu dan suka nak upgrade diri mesti suka berada di kalangan kami ni. So sekarang ni Jann nak ajak anda semua yang ada ciri ciri seperti Jann nyatakan di bawah untuk buat bisnes dropship bersama Mary Jardin:

💕 Serius nak capai #BIGwhy
💕 Tak nak pegang barang
💕 Malas nak pos barang
💕 Tiada modal untuk berniaga
💕 Ada handphone, internet
💕 Nak sistem dan mentor yang mematuhi syariah
💕 Zero pengalaman bisnes atau ada pengalaman pun digalakkan

Kalau ada ciri ciri seperti yang disebut kat atas ni, Jann nak ucapkan welcome to Mary Jardin

Untuk bulan March ni pun founder dah rangkakan siap siap perjalanan bisnes untuk kita. Siap dah dilaburkan hampir 100k untuk training agent sahaja. Dr. Maryam ni seorang founder yang sangat hebat bagi Jann. Kita bagi 50 ringgit, dibayar semula dengan 100k. Fuhhh hebatt. Rujuk gambar di bawah ya

Yuran Trainers sangat MAHAL tapi kami di Mary Jardin dapat FREE je

Hampir 100k untuk training sahaja

Nak jadi agent pun senang je, tak perlu keluar modal pun. Cuma untuk permulaan bayar RM50 untuk yuran komitmen dan settle. Dah boleh buat sales dan boleh dapat sehingga 15% diskaun. Hebat kan! Kita siap boleh ada empayar sendiri, untuk lead bisnes partner yang lain untuk sama sama berjaya. Cecepat join kami dan Jann akan bagi anda FREE tester produk Mary Jardin okay 😄

Siapa tahu satu hari nanti mungkin kita pun akan ada satu Branch Office sendiri kan. Dan ofkos la ada bonus bergantung pada level kita dah kat mana. Jangan lepaskan peluang perniagaan online tanpa modal 2018 ni kalau anda nak berjaya

Ohh ya, kami di Mary Jardin  guna pakai system agent. So pada next artikel Jann akan share ye camne system ni berjalan. Jumpa lagi di lain masa. Sekian



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736


Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132
jannahamin169@gmail.com

Friday 16 March 2018

Cara Cepat Cerahkan Kulit & Hilangkan Kusam Pada Wajah





Assalamualaikum semua

Masalah Negara, masalah negaraaa

Perempuan atau lelaki, mesti mengalami masalah kulit jenis yang sama. Rata-rata yang Jann pernah jumpa pun confirm mengadu masalah sama. Kalau tak masalah jerawat, mesti masalah kulit berminyak dan kulit kering. Haih laa, sape la kan yang suka kalau diri sendiri mengalami masalah kulit muka ni

Dahla muka mainkan peranan penting. Mana tak penting, memula orang kenal kita pun dengan tengok rupa kita kan. Kalau dapat kat orang yang serba bagus, di reject dulu kita yang bermasalah muka ni. Katanya tak pandai jaga diri. Padahal kita dah seksa jiwa raga tak jumpa lagi solution kepada masalah kita kan

Lagi satu, ramai lah jugak yang komplen muka kusam. Nak tau camne muka kusam? Kalau rasa dulu cerah, tapi sekarang gelap hitam tu tanda muka kusam la tu. Orang kata dah takde seri. Biasa kalau muka kusam ni jadi bila pregnant ke, atau lepas bersalin. Tapi jangan risau, kusam tu normal okehh

Walaupun it’s normal, keje kita la nak pulihkan semula kan kulit muka kita. Takkan nak biar je kusam tu bermaharajalela kan. Kali ni kita akan buat sampai ia jadi terkubur. Kikiki

So, artikel kali ni Jann akan kongsi tentang: 

Cara Cepat Cerahkan Kulit & Hilangkan Kusam Pada Wajah”

Haa tajuk kemain gempak kan. In sha Allah isi dalam pun gempak dan padat


1) Oat Cara Cepat Cerahkan Kulit & Hilangkan Kusam Pada Wajah

Cara Cepat Cerahkan Kulit & Hilangkan Kusam Pada Wajah
Oat Cerahkan Kulit Muka

First sekali, ini cara cepat hilangkan kusam pada wajah. Ada yang tak kenal oat? Nilah dia rupa oat, makanan omputih. Tapi orang kita pun ada makan ni jugak, bagus untuk diet kan. Nak buat pakai kat muka kena pastikan yang raw punya ya bukan yang 3 in 1 tu. Kan tak memasal bersemut muka tu. Dari nak hilangkan kusam, merah yang dapat nanti hihi

Kita guna oat sebab oat ni kaya dengan zat anti bacteria, pastu oat ni boleh melembapkan kulit dan jugak menanggalkan sel kulit mati. Yessza, kusam terjadi sebab sel kulit mati berkumpul kat muka tu haa. So disini memang penting untuk kita guna oat sebagai salah satu bahan untuk cerahkan kulit muka kembali pada asal

Nutrisi dari oat dapat merawat jerawat dan blackhead pada kulit sensitif, kering dan berminyak. Kebanyakan orang guna oat ni pun untuk dapatkan kulit muka yang cantik dan bersih, untuk cerahkan kulit dan jadikan kulit lebih lembut dan halus. Haa banyak manfaat oat ni tau, selain cerahkan kulit, oat boleh digunakan untuk buka pori pori kulit dan hapuskan sel kulit mati. Yeayy

Cara dia: ambil segenggam, bancuh dengan air suam sampai jadi pekat atau pes. Usap pada wajah atau untuk masker pun boleh, biarkan beberapa minit pastu basuh. Kalau nak rawat sunburn atau kulit kemerahan boleh la guna oat ni dengan cara cuci muka atau kalau nak efek seluruh badan, boleh je letak dalam bath tub dan scrub lah badan anda iteww, confirm 2 3 kali guna nampak la hasilnya yang memberasangkan amatt

2) Madu Cara Cepat Cerahkan Kulit & Hilangkan Kusam Pada Wajah

Madu Cerahkan Kulit Muka

Next adalah madu. Tau kan madu ni memang bagus untuk kesihatan. Selain baik untuk meredakan batuk, madu jugak tersangat baik untuk kulit, tambah tambah lagi kulit muka. Madu pun sama dengan oat, make sure belilah madu yang original. Camne nak tau madu tu original, suruh suami bawak balik. Kalau rasa nak marah je, tu konfem madu betul. Kiki. Opss sorry just kidding

Madu ni bersifat antimikrob dan juga antioksidan. Selain dari tu, madu ni adalah di antara yang terbagus dalam menenangkan kulit untuk melawan radikal bebas yang sebabkan kusam kat wajah kita tu ha. Yang berkerja keras nak galakkan pertumbuhan sel kulit baru keje madu la tu

Bila timbul tanda penuaan awal contohnya garis halus (kedut lattew), cuba la guna madu eh. Nak cegah jerawat atau kulit kering pun boleh dengan madu ni

Cara cara dia sama je dengan yang lain. Memula bilas muka dengan air suam (bukan air panas nanti terbakar muka tu), pastu sapu je madu tu kat muka dalam 15 ke 30 minit. Dah sudah, bilas dengan air suam pastu basuh lagi sekali dengan air sejuk supaya pori tertutup. Siap 😘

3) Betik Cara Cepat Cerahkan Kulit & Hilangkan Kusam Pada Wajah

Betik Cerahkan Kulit Muka

Ni pun best. Betik a.k.a papaya. Kalau perasan kan banyak orang guna betik dalam produk diorang. Dalam betik ni ada Vitamin C, A dan jugak enzim papain yang membantu cerahkan kulit dan kurangkan pigmentasi

Selain dari tu, ada juga beta karotin yang membebaskan radikal bebas dan kurangkan kedutan kat muka tu. Takdela nanti orang kata muka tampak tua dari usia kan 😉 Betik pun ada fungsi melembapkan kulit yang kering dan juga menggelupaskan sel kulit mati. Best kan betik ni, memang sesuai untuk kulit kusam

Cara dia, hancurkan betik hingga lumat pastu sapu pada muka. Nak buat ala ala masker pun boleh, nak buat sapu sapu je pun boleh. Kalau masker tunggu dalam 15 minit ye then bilaslah. Hasilnya memang tak mengecewakan. Nak campur madu atau susu pun takde masalah

4) Tomato Cara Cepat Cerahkan Kulit & Hilangkan Kusam Pada Wajah

Tomato Cerahkan Kulit Muka

Haa yang ni confirm ramai yang tahu dan ramai juga yang suka makan kan. Kalau Jann la, suka sangat letak dalam apejenis masakan berkuah terutamanya tomyam

Tomato ni banyak sangat khasiat untuk kulit badan kita ni. FYI, tomato kaya dengan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Tomato ni sarat dengan Vitamin C, E, B1, B2, zat besi dan jugak kalium!

Kalau rasa nak rawat kulit dan mencegah dari timbulnya masalah jerawat yang teruk, nak bagi kulit lembap, nak ada feeling wow halusnya kulit bila orang sentuh muka bolehla guna tomato ni. Selain untuk cerahkan kulit, tomato juga bagus untuk liang pori dan juga merawat kulit berminyak. Bagus kan 😉

Cara dia, ambik tomato lepastu lenyek lenyekkan. Terpulang nak tambah madu atau yoghurt atau nak guna yang kosong camtu pun boleh. Tepekkan atau lumurkan kat muka pakai lebih kurang 15 ke 30 minit. Tadaa dah siap

5) Timun - Cara Cepat Cerahkan Kulit & Hilangkan Kusam Pada Wajah 



Timun Cerahkan Kulit Muka

Ni nama dia timun, ada yang tak kenal ke? Haa jangan buat tak kenal, ce intai kat dapur tu mesti ada. Selain dari best buat ulaman, timun ni juga best untuk buat minum. Blend timun dengan air pastu minum. Perggghh rasa dia besttt sejuk tekak tu

Pastu ada juga yang buat pakai kat mata kan, cara dia potong nipis pastu sebelum tido tepekkan kat mata tu. In sha Allah besok pagi bangun dengan ceria sebab mata dah tak lebam sangat. Buat 2 ke 3 kali dapat result wowww


Timun ni pun boleh kita guna untuk cerahkan kulit muka kita. Orang tengok pun gebu dan berseri seri semacam je. Dalam timun ni ada kandungan air yang tinggi yang bagus untuk melembapkan kulit kita! Sangat sesuai untuk kulit jenis kering kan


Caranya, blend atau kisarkan timun ni, letak sikit air. Lepastu tambah beberapa titik perahan lemon dan lumurkan pada muka gebu kita tu. Letak kat leher pun boleh. Tunggu dalam beberapa minit, lebih kurang 15 minit camtu baru lah bilas. Buat ikut kerajinan anda. Sekian 



xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo


Sekian, di atas Jann dah tulis 5 Cara Cepat Cerahkan Kulit & Hilangkan Kusam Pada Wajah. Cara ni juga boleh jadi sebagai tips mengatasi kulit hitam, kering, berminyak & berjerawat. Actually, sesuai je guna untuk apa jua jenis keadaan kulit korang. Dan sebenarnya banyak lagi cara untuk cerahkan kulit dan merawat segala masalah kulit ni secara semulajadi, bahkan mudah je cara dia, guna bahan dari dapur je

Contohnya boleh guna kunyit, green tea, kulit kayu manis, beras tumbuk, baking soda dan memacam lagi. Nak guna serbuk kopi pun boleh. Tapi yang pastinya sebelum memula pakai tu test dulu ada alergik ke tak dengan bahan tu. Semulajadi tak semestinya serasi kan

Tapikan, kalau ada yang rasa malas atau renyah nak buat semua cara di atas, Jann ada satu lagi cara untuk cerahkan kulit dan merawat segala masalah kulit berminyak, kering dan berjerawat tuu. Caranya, gunalah set skincare Mary Jardin yang super duper simple dan senang tuu

Rata rata yang mengalami masalah kusam pun dah kembali pulih dah kulitnya, dah cerah back to kulit yang asal. Mana taknya, dalam setiap item skincare Mary Jardin ada bahan yang Jann dah sebut kat atas tu

Macam dalam FACIAL SOAP tu dah ada siap siap oat dan madu plus susu kambing original lagi. Dalam FACE OIL pulak ada siap siap 9 jenis minyak botanical plus Vitamin E dan Vitamin C. Face Oil walaupun nama dia minyak, muka tak berminyak pun sebab ada Oil yang akan mengawal pengeluaran sebum kat muka tu. Dannn ada jugak DETOX CLAY MASK yang sesiap ada oat dan papaya extract dalam tu. Patutlah ramai yang pakai mengadu kulit diorang makin bersih penangan skincare Mary Jardin ni

Nak tengok review dan testimoni detox clay mask mary jardin cerahkan muka dan juga produk lain? Gambar di bawah ye, semua berpuas hati


Detox Clay Mask Mary Jardin - cerahkan kulit dan elak kusam


Testimoni Detox Clay Mask Mary Jardin Cerahkan Kulit

Testimoni Detox Clay Mask Mary Jardin Cerahkan Muka
Testimoni Detox Clay Mask Mary Jardin Cerahkan Kulit 2


Testimoni Detox Clay Mask Mary Jardin Cerahkan Kulit 3

Sekian, jumpa lagi di lain artikel. Nanti Jann up artikel berkenaan cara memilih skincare ye. Terima kasih sudi luangkan masa



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736


Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132
jannahamin169@gmail.com