Tuesday 24 October 2017

Rawat Kulit Sensitif dengan Mary Jardin

Assalamualaikum

Kakjann ni sebenanye kalau nak kata kan, kulit jenis sensitif. Tapi takdelah sensitif yang teruk cuma bila tiba waktu kena tu kan, habis gatal satu muka. Tambah tambah lagi dekat pipi kan, mula timbul bintik bintik merah macam jerawat. Pipi dah tak perlu pakai blusher sebab dah semulajadi merah pink dekat situ haha

Taktau la kenape, mungkin allergik dengan debu dan something. Pernah satu kali dulu tengah angkut file keluar dari kabinet, tetibe bos tegur kenapa muka merah merah macam tengah malu. Uikkss boss, saya tengah ngadap file dalam kabinet, so nak malu dengan siapa 😂

Rupanya bila tengok cermin, pipi Kakjann memerah, patutlah bos tegur. Dulu dulu Kakjann pakai pencuci muka dari Watsons @ Guardian je, Alhamdulillah serasi. Tapi lepas beberapa tahun pakai eh dah tak sesuai dengan muka Kakjann, merah merah kat pipi pun macam tu jugak tak berubah.

Tu yang sekarang ni Kakjann guna Mary Jardin. Memula tu tak hirau pun dengan MJ ni, buat derkk je bila nampak lalu lalang kat newsfeed Facebook (Jannah Amin). Lepastu adik dengan kakak Kakjann yang ade masalah bintik bintik kat muka cuba, tengok result kat muka kakak memang superrbbb. Muka dia nampak bersihhh sangat. Tu yang buat Kakjann rasa tak rugi nak mencuba.

Lagipun founder Mary Jardin ni doktor Muslimah, so ape nak takut kan. Memang confirm la takde bahan bahan kimia berbahaya. Semua bahan dah ditapis 

Kakjann dan Face Oil MJ

Sepanjang Kakjann guna MJ, memang Kakjann rasa puas hati. Bintik merah tu pun nampaknye dah berkurangan, orang cakap muka Kakjann pun nampak makin bersih dan cerah. Syukur Alhamdulillah sangat sangat dipertemukan dengan Mary Jardin. Lama tau Kakjann cari produk yang sesuai. Nak cuba yang overseas produk natural dan organik mahal sangat, so terjumpa Mary Jardin yang mampu milik ni ape lagi grab la satu set kan.

Essential Set Mary Jardin

Set skincare Mary Jardin ni semua boleh bantu hilangkan jerawat, pudarkan jeragat, balancekan minyak kat muka dan lagi masalah lain. Tak rugi kalau nak cuba, tapi bukan nak suruh percaya. Kena cuba sendiri dulu baru tau macamana wowwnya kesan produk ni.

Kesannya mungkin agak lambat sedikit, yelah kan guna bahan natural dan organik. Kalau nak kesan yang secepat mungkin boleh guna produk yang banyak kat pasaran sekarang ni, tapi tak jamin la selamat ke tidak. Check dulu ingredients pastu buat lah pilihan yang tepat 😚

Thanks

Salam Keceriaan dari saya,

Jannah Amin | Kjan | 004736
Mary Jardin Kota Bharu
   SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132
jannahamin169@gmail.com
FB Page : Hilangkan Jerawat, Jeragat,Kusam dan Kulit Berminyak dengan MJ

Wednesday 11 October 2017

Lavender - minyak aromaterapi

Assalamualaikum wrt

Ok harini kjan nak santai-santai dengan semua, kita bincang hal aromaterapi ok. 

Semua tau tak aromaterapi tu ape? Mesti tau kan, aromaterapi ni biasanya orang guna untuk hal-hal  perubatan, terutamanya untuk yang ada gangguan mental, fikiran manusia dan badan. Tipulah kata kalau manusia ni tak ade masalah gangguan mental kan, mesti akan ada walaupun 0.1% sahaja.

Contohnya stress - itu pun masalah mental. Mental tu maksudnya meluas tau, bukan setakat gila je, ni takk bila sebut mental je terus fikir gila 😐 Jadii, untuk mengubat stress, gunalah aromaterapi yang sesuai dengan diri masing-masing. Sekarang kan ada banyak pilihan aromaterapi, nak dapatkan dari dapur sendiri pun ok, antara rajin dengan malas jee. hehe

Bahan-bahan biasa diguna sebagai aromaterapi ialah minyak Lavender, Roses, minyak teh, vanila, lemon, minyak kayu putih dan banyaak lagi. Bergantung pilihan masing-masing, sekarang kan ada banyak produk-produk yang dikeluarkan berasas aromaterapi.

Selain dari mengubat gangguan mental, aromaterapi jugak boleh digunakan dalam proses penyembuhan luka biasa atau pun luka terbakar. Dannn yang tersangat famous adalah minyak bunga Lavender (Lavender Oil) yang mampu merawat masalah keradangan pada kulit. 😍😍

Minyak lavender bersifat antibakteria dan antioksida yang memang terbukti mampu merawat jerawat dan eczema. Dengan minyak lavender, kita juga dapat membersihkan dan menenangkan kulit kita.

Let's check kebaikan lain minyak lavender 💧💧



Minyak Lavender ni juga merupakan salah satu kandungan dalam face oil Mary Jardin. Boleh check manfaat dan kebaikan face oil Mary Jardin di bawah 👇👇



Sebab tu ada mommies yang anaknya luka-luka terus sapu face oil Mary Jardin, terus baik lukanya sebabb dalam face oil ada minyak lavender yang bagus untuk kulit.

Itu sahaja untuk entry ni. Terima kasih sudi membaca ya



Salam Keceriaan dari saya,

Jannah Amin | Kjan | 004736
Mary Jardin Kota Bharu

SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132
jannahamin169@gmail.com

Monday 18 September 2017

Promo September Mary Jardin

15 September lepas, genaplah setahun umur Mary Jardin. Dari takde pape, sekarang MJ dah berkembang ke merata Malaysia. Terima kasih rakyat Malaysia yang mula sedar tentang kepentingan produk yang diasaskan dari sumber natural dan organik. Terima kasih juga kerana mempercayai Mary Jardin.

Ok nowwwwww.....

Sempena birthday Mary Jardin, Dr. Maryam umumkan promo untuk selected produk MJ. Woww memang terbaik la Dr. Maryam.

2 Promo ni adalah pada harga tetap, iaitu pada harga RM99. Selain dari tu, boleh add-on Mary Jardin Microfibre Towel pada harga RM6 dan juga Cosmetic Bag pada harga RM15 untuk setiap pembelian. 

Check this out! Jangan lepaskan peluang ini

Loose Basic Set


Twin Face Oil


Add-On

Produk keluaran Mary Jardin

Assalamualaikum wrt,

Haa pada entry kali ni kjan nak kongsikan dengan anda semua tentang produk penjagaan kulit keluaran Mary Jardin iaitu:


  • Facial Soap
  • Face Oil
  • Detox Clay Mask
  • Serum

Facial Soap Mary Jardin

Haa inilah rupa Facial Soap. Secara umumnya, facial soap ni adalah sabun yang berfungsi untuk membersihkan kulit kita dari kotoran. Kotoran macam mana tu agaknya? Yelah, dalam kehidupan seharian kan kita terdedah dengan pelbagai habuk dan debu persekitaran. Yang nampak bolehlah kita buang, tapi yang tak nampak tu? Kesian, tersekat, tersumbat liang pori kita. Lepastu mula la muka naik jerawat, blackhead sekali dengan whitehead. Sentuh hidung terasa menggerutu je. Errkkk

Sebab tu la Dr. Maryam keluarkan sabun muka ni yang 100% dihasilkan dari susu kambing sepenuhnya tanpa air. Susu kambing kan terkenal dalam melembut dan melembapkan kulit, jadi bila pakai sabun Mary Jardin ni confirm kulit selembut bayi! 

Selain susu kambing, ada lagi 9 campuran bahan lain iaitu Bentonite Clay, Oat, Zinc Oxide, Minyak Lavender, Madu, Minyak Kelapa, Minyak Kelapa Sawit, Castor Oil dan Olive Oil. Semua bahan-bahan ni ada BANYAK khasiat tau. Selain dari mencuci pori, sabun ni jugak dapat menghilangkan radang, mengatasi kulit berminyak, mencegah jerawat dan lain-lain.


Face Oil Mary Jardin

Ok ini kjan perkenalkan, Face Oil Mary Jardin yang juga dikenali sebagai Magic Potion di kalangan penggemar produk Mary Jardin. Kenapa magic potion? Dah macam dalam cerita Harry Potter kan. hehehe. Sebabnya, dengan satu botol ni, seluruh keluarga dapat guna, tak kira emak, ayah, adik, abang, kakak, baby ke.

Face oil ni sesuai digunakan untuk semua jenis kulit tau, tak kira la kulit berminyak, kering, sensitif atau kombinasi semua boleh guna. Eh, kulit berminyak pun boleh pakai, tak menambah minyak ke kalau pakai face oil tu? Iya, betul boleh pakai. Sebab, dalam face oil ni ada jojoba oil yang berfungsi mengawal penghasilan sebum (minyak), kiranya boleh bagi minyak tu balance kat muka. 

Selain Jojoba Oil, ada lagi tambahan 8 campuran iaitu Argan Oil, Lavender Essential Oil, Avocado Oil, Rosehip Oil, Sunflower Oil, Tea Tree Oil, Castor Oil dan Seabucthorn Oil. Selain itu ada juga Vitamin E yang boleh mengurangkan kesan parut dan mencantikkan kulit. Nak hilangkan sunburn, nak rawat eczema, nak hilangkan jerawat, boleh guna face oil ni. Kan dah kata magic potion, so semua masalah face oil ni boleh selesaikan tau. 


Detox Clay Mask Mary Jardin
Ini Detox Clay Mask. Clay mask ni berfungsi untuk membuang segala toksin yang ada kat muka. Yela, walaupun kita guna sabun untuk cucian harian kan, tu sebenarnya buang kotoran kat lapisan luar kulit kita sahaja. Clay mask ni kita guna untuk cuci lapisan kulit yang lagi dalam. Guna clay mask ni confirm semua jerawat, blackhead dengan whitehead takut nak masuk dekat.

Dalam clay mask ni pulak ada 7 kandungan yang hebat-hebat. Antaranya Bentonite Clay, French Green Clay, Activated Charcoal, Papaya Extract, Oat, Lavender Buds dan Zinc Oxide. Kalau korang nak tau, clay mask ni terkenal dengan sifat yang menyerap kotoran dan minyak berlebihan. Ini semua angkara campuran bahan-bahan yang kjann cakap kat atas tu la. Selain dari tu, bila pakai nanti jangan menangis kalau tengok liang pori dah makin kecik.


Collagen Serum SPF30 Mary Jardin
Ini hot item! Memang produk laku keras. Mana-mana je mesti ada yang tanya pasal si cantik manis ni. Ish mana tak lakunya, serum ni memang dikenali ramai sebab memang best. Fungsi utama serum ni adalah untuk membaiki struktur kulit yang rosak dan melindungi kulit dari sinaran UVB. 

Selain dari tu, serum ni juga boleh merawat jeragat, merawat parut, menganjalkan kulit dan banyak lagi. Umur kita kalau makin meningkat, makin kurang la collagen dalam kulit kita. Itu yang sebabkan proses penuaan. Kang terkeluar kedut-kedut halus kat muka. Jadi, dengan serum ni, kita dapat topup atau tambah semula collagen pada kulit kita. Lama-lama nanti, kedut-kedut pun malu nak masuk dekat. Awet muda jadi nya.

Haa itulah sedikit sebanyak pengenalan tentang produk penjagaan kulit Mary Jardin. Sebenarnya ada lagi produk-produk lain, tapi yang itu kita akan cerita di lain entry. 

Terima kasih kerana sudi membaca :)



Salam Keceriaan dari saya,

Jannah Amin | Kjan | 004736
Mary Jardin Kota Bharu

SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132
jannahamin169@gmail.com

Thursday 14 September 2017

Pengenalan MARY JARDIN

Assalamualaikum..

Ok, di entry ni Kak Jann nak perkenalkan orang yang bertanggungjawab di sebalik tabir Mary Jardin.

MARY diambil sempena nama Founder, iaitu Dr. Maryam, manakala JARDIN diambil dari bahasa Perancis yang bermaksud taman. Siapa Dr.Maryam ni?

Di bawah adalah profile CEO Mary Jardin

Dr. Maryam paling hadapan

Dr. Maryam Al-Batul Azizuddin
  • Top Scorer Medical Student UIAM Kuantan
  • HO (Doktor Pelatih) di Hospital Sungai Buloh (HSB) selama 2 tahun
  • MO (Doktor Perubatan) Medical di HSB & Dermatology (unit bawah medical) di HSB selama setahun
  • MO Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai selama 2 tahun
  • Resigned dan full-time focus pada MJ
Oleh kerana menyedari tentang bahaya bahan kimia kepada kulit, maka tercetuslah idea dari Dr. Maryam untuk mengeluarkan produk Mary Jardin yang berasaskan bahan natural dan organik. Pada mulanya, Dr. Maryam menghasilkan sabun buku yang berukir lavender di dapur Dr. Maryam sendiri di Kedah pada September 2016.

Produk awal dari dapur Dr. Maryam
Proses Pengeringan Sabun dari dapur Dr. Maryam
Walaupun masih setahun jagung dalam industri penjagaan muka di Malaysia, Mary Jardin mula dikenali oleh pengguna dek kerana kelebihan-kelebihan yang ada pada produk Mary Jardin yang dapat merawat jerawat, jeragat dan lain-lain masalah kulit. Produk Mary Jardin juga diyakini selamat dan suci kerana ia adalah produk homemade, dan sekarang berkembang kepada kilang bertaraf GMP.

Kualiti produk Mary Jardin juga adalah dikatakan setanding dengan produk natural jenama negara luar, kerana bahan asas yang digunakan berkualiti tinggi dan dipercayai dapat merawat pelbagai masalah kulit. Selain itu, produk Mary Jardin adalah dijamin bebas dari bahan kimia dan 100% Halal dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SSM -  Jardin Beauty Sdn Bhd

Wednesday 13 September 2017

SALAM PERKENALAN



Assalamualaikum wrt, 

Salam perkenalan buat semua yang menziarahi blog ini. Pertama sekali saya perkenalkan diri, saya boleh dikenali sebagai Kjan, authorised agent untuk Mary Jardin. 

Blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi bersama anda semua tidak kira kaum wanita ataupun lelaki tentang produk kecantikan dan kesihatan yang berasaskan sumber Semulajadi (Natural) dan Organik (Organic).

Seperti yang kita semua tahu, tidak kira perempuan atau lelaki, masalah kulit wajah merupakan masalah yang paling penting dalam kehidupan seharian. Ramai yang menghadapi kulit bermasalah terutamanya di bahagian muka (wajah) seperti jerawat, jeragat, bintik hitam (blackhead) dan kulit berminyak. Disebabkan itulah ramai yang sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk mendapatkan wajah yang sempurna tanpa cela.

Namun, kebanyakan pengguna kurang menitik beratkan apa yang terdapat dalam kandungan produk kecantikan yang digunakan, sama ada bahan yang digunakan adalah selamat atau tidak. Mereka lebih sukakan produk yang memberi kesan seawal mungkin, namun tidak menyedari kemungkinan timbulnya masalah lain terhadap kulit wajah mereka.

Untuk pengetahuan semua, negara luar seperti US dan UK sebenarnya sudah lama mengeluarkan produk yang berasaskan bahan organik dan natural. Produk yang berasas dari sumber organik dan natural sememangnya dikenali dan berkembang pesat di sana kerana pengguna telah diberi kesedaran untuk tampil cantik dan sihat dengan menggunakan bahan semulajadi.


Di Malaysia, menyedari tentang kebaikan bahan natural dan organik untuk kesihatan dan kecantikan membawa Doktor Maryam dalam penghasilan produk Mary Jardin. Selain dari itu, bahan yang digunakan juga merupakan bahan premium yang berkualiti tinggi tapi boleh didapati dengan harga yang mampu milik. Menarik kan?

So, kjan akan berkongsi dengan anda berkenaan produk Mary Jardin di entry yang akan datang.

Terima kasih kerana sudi membaca dan jumpa lagi :)