Monday 21 May 2018

Calendula Serum Mary Jardin Untuk Kulit Sensitif & Kering | Jann

Calendula Serum Mary Jardin Untuk Kulit Sensitif & Kering


Assalamualaikum dan haiiii. Bertemu lagi kita dalam artikel kali ini. Setelah seminggu tak update pape, kalini Jann kembali lagi dengan title artikel yang baru. Ada yang rindu kah ~

Takde gi memana pun, almaklumlah sibuk sikit kan, dengan hari mengundi (PRU14) lagi, sambung cuti lagi, tu yang sibuk sikit. Sibuk ngalahkan menteri dah kan. Hihi

So ni Jann nak sambung penulisan berkenaan kulit sensitif

Kulit anda jenis yang macam mana?

Haa sini Jann nak tanya sikit la kan. Dalam ramai ramai antara readers ni ada tak yang kulit dia sensitif sangat? Kalau nak pilih skincare tu punya lah susah sebab terpaksa pilih bebetul. Kalau tersalah pilih uiii merana badan, mula la muka tu macam monster, terkeluar habis segala mak nenek bintik bintik kat muka tu

Seremmm bangat sihh. Nak jumpa orang pun malu. Huhu

Jann pun kulit agak sensitif jugak sebenarnya, tapi mungkin la tak sesensitif yang terlampau sensitif tu. Paham tak? Kiranya kalau dibagi level 1 – 10, tahap sensitif Jann tu dalam no 5. Separuh separuh gitu haa

Sebab tu paham sangat, kalau tersalah pakai mak uiii. Merah merah tu naiknya. Orang pandang semacam je, mungkin dok tengok apehal la muka si dia ni, dah macam kena gigit dek nyamuk ^,^

Teringat pulak cerita ni, adik Jann ada beli satu produk cosmetic brand online yang boleh tahan glemer gak laa. Tengok packaging tu memang cantik la kan, terus kitorang main cuba cuba makeup. Esoknya kulit adik elok, kulit Jann pulak yang berbintik bintik

Uwaaa makan masa gak la nak hilang bintik tu tauu. Sadis betul lah, seminggu jugak muka dok camtu je. Sampai akak pun kata “isshh teruknya muka”. Rasa nak baling je produk tu. Hihihi actually kulit Jann la yang takleh tolerate dengan bahan dalam produk tu kan. Sensitif uiii

Calendula Serum Mary Jardin Untuk Kulit Sensitif & Kering



Kulit sensitif ni, ubat dia kena la cari any skincare atau cosmetic yang sesuai bebetul dengan kulit kita kan. Nak kena test satu satu

Walaupun produk tu mahal mana sekalipun, kalau dah tak sesuai, jangan dicuba okeh. Kalau tak, hip hip hoorey berjimba je la dalam rumah tanpa jumpa orang sekeliling :D

Ohh ya, Jann sebenarnya nak cerita satu produk baru keluaran Mary Jardin ni haa. Serum terbaru yang sangat bersesuaian untuk orang yang berkulit sensitif. Aah iyeee, khas untuk kulit awak awak semua yang terlajak sensitif tu. Tapi tak semestinya yang berkulit sensitif je yang boleh pakai, kulit kering dan berjerawat pun boleh aihhh

Nape semua boleh pakai? Sebabbb, dalam serum ni ada ekstrak bunga calendula. Boleh rujuk gambar untuk manfaat calendula ni

Calendula Serum Mary Jardin Untuk Kulit Sensitif & Kering





Haa dah habis baca kan. Calendula ni kalau ikutkan tersangat bagus untuk kulit. Kalau perasan laa, calendula ni banyak digunakan dalam produk produk bayi. Maklumlah, kulit bayi ni kan terlajak sensitif, so dengan calendula ni, kulit bayi in sha Allah tak timbul sebarang masalah

Camtu jugak la dengan kulit sensitif awak awak tu. Sesuaaiii sangat kalau digunakan

Brand popular pun banyak guna calendula ni dalam produk diorang. Boleh cuba tanya pakcik gugel kalau nak tau info lebih lanjut ye

Produk Baru Berasaskan Madu, Timun & Spearmint

Tadikan Jann ada bagitau yang serum ni orang jenis kulit kering dan berjerawat pun boleh pakai kan. Sebabnya, dalam serum ni pun ada madu, timun dan spearmint. Tau tak khasiat semua bahan ni? Mestilah tau kaannn

Madu ni bersifat anti-bakteria, yang mana ia mampu merawat segala mak nenek bacteria kat muka kita tu. Jerawat jerawat tu jenis bacteria la tu yang menyinggah. Mula dari kecik, lama lama jadi besar. Aduiduiii sakit ohh bukan kepalangg

Timun? Tau kan timun? Kalau tak kenal timun, cucumber pun orang panggil jugak >.<

Timun ni sejuuuk sangat. Buat minum boleh, buat cicah ulam budu best, buat tepek kat muka tu laagilah best. Biasa kan tengok orang tampal timun kat bahagian mata tu. Timun ni actually bagus sangat bagus untuk bagi kelembapan pada kulit kita. Takdela kulit tu kering nanti

Lagi satu bahan best dalam serum ni adalah spearmint. Alalala itu laa daun yang berangin angin tu bila makan. Dalam ubat gigi pun selalu ada, biasa dia la yang bagi rasa fresh tu. Bagi mereka yang kulit sensitif, yang takleh tahan dengan peppermint, spearmint la yang menjadi pengganti

Spearmint ni, bila letak je kat muka tu kan, rasa FRESSHHHH jee. Boleh rujuk gambar bawah ni untuk tahu lebih lanjut fungsi lain spearmint ya

Fungsi lain spearmint

Ada lagi bahan bahan lain dalam calendula serum ni sebenarnya, tapi kat sini Jann tulis yang main (utama) je la dulu ya. Nanti ada peluang, Jann cerita lagi

Peluang Menang Percutian Ke Australia

Nak dapatkan calendula serum ni? Bolehhh boleh tersangat lah boleh. Tapi nak bagitau la kan, serum ni exclusive hanya boleh dapatkan dalam #MJRayaBox jee




Iyeee, box ni dikeluarkan khas untuk raya ni je. Dalam box tu ada juga item lain yang sangat exclusive iaitu Liquid Facial Cleanser dan juga Face Oil si magic potion tu. Ramai tau yang tertunggu tunggu liquid facial cleanser ni, maklumlah semua nak bawak yang senang travel. Nak balik kampung la katakan. Hihi




Haa ada lagi ni something special >>>>

>> sesiapa yang grab MJRayaBox ni berpeluang menang percutian ke Perth Australia untuk 2 orang <<





Yeayyyy. Untungnya badan kalau dapat kan. Boleh la tengok Kangaroo dengan Koala Bear depan mata. Pun boleh cakap dengan orang kampung, saya dah jejak kaki ke Australia dahhh

Hihi kemainnn la kan

Sooo sesape yang nak mencuba skincare ni dan menang hadiah percutian, boleh cecepat wasap Jann ye kat sini. Nak tanya pape pun boleh, tanya je. Jann sedia membantu dan menjawab segala permasalahan awak awak semua. Dun worry be happy

Jumpa lagi di next artikel. Tataaaa

Mary Jardin Every Woman’s Dream



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736
Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132


jannahamin169@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Terima kasih daun keladi :)