Monday 15 October 2018

Cara Mengatasi Masalah Kulit Sensitif & Berjerawat | Jann


Cara Mengatasi Masalah Kulit Sensitif & Berjerawat
Arrrghhh stresssss!!

"Arggh. Stressnya lah kan bila kulit ni terlampau sensitif! Pakai itu tak jadi, ini tak jadi!
Dah bermacam produk dah cuba, tapi bila kena kulit, muka jadi macam udang kena bakar. Merah merah dah macam baru keluar oven! Grrr geram hati ini sangat geramm"
Haa sabar sabar. Kalau anda ada dalam situasi kat atas ni, perkara pertama yang anda kena buat adalah banyakkan bersabar. Dah habis sabar? Istighfarrr استغفرالله العدظيم
Jangan risau, semua benda boleh settle. Tak boleh pakai yang ni, cuba yang tu. Yang penting kena harus cuba dan mencuba. Try and error lah
Macam Jann jugak, ada masalah kulit muka yang sensitif. Tak kena cara, memang naya. Kalau bukan keluar merah merah kat muka, habis naik bintik bintik. Nak kata jerawat pun bukan, tapi lebih pada gigitan cinta encik nyamuk. Bila dia timbul tu uiiii gerammsss
Jann sensitif sangat pada debu. Bila tengah mengemas ke, mula lah dia timbul. Mencanak canak dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Kikiki. Ni kadang tanpa sedar, timbullah dia 😑
Tapi, Jann sabar je. Nak sembuh balik makan masa jugak 😅 paling ok pun dalam 7 hari. Tu pun tahap kesensitifan kulit Jann kat tahap sedang sedang je. Macam lagu dangdut tu la, ‘yang sedang sedang saja, yang sedang sedang sajaaaa. Aku suka dia mak, aku sayang dia makk’ haa sambung lagii XD
Kalau yang tahap teruk tu nauzubillah ya Allah. Pakai apa pun tak jadi, toksah cakap la produk mahal, produk murah suma tetap tak jalan. Dok tang tu jugak kulitnya. Tambah bila tersalah pakai produk yang bermerkuri bagai tuh, lagi teruk! Dari elok dok tahap dua, terus jadi tahap empat -_-

Cara Mengatasi Masalah Kulit Sensitif & Berjerawat


Oklah kembali pada tajuk. Disebabkan Jann pun mengalami juga masalah macam awak awak semua, so kat sini Jann nak berkongsi lah sikit cara bagaimana untuk kita atasi masalah kulit kita yang sensitif ni
 1. Air Mineral
Ini yang paling penting dan benda ni jugak ramai yang terlepas pandang. Untuk pengetahuan anda semua, kulit yang cantik dan sihat datang dari tabiat diri yang suka minum air mineral atau air masak atau dikenali juga dengan air putih
Minum air yang secukupnya supaya kulit kita pun boleh terima manfaat dari air yang sangat baik. Bila kulit lembap, keradangan akan berkurangan. Dengan air mineral, kulit akan jadi lebih cantik, badan pun akan lebih sihat
2. Madu
Madu adalah rakan baik kulit. Dek kerana sifat madu yang anti-inflamasi, ramai yang gunakan madu untuk mengelakkan dan merawat keradangan. Untuk anda yang berkulit sensitif, selalulah gunakan madu dalam kehidupan seharian untuk dijadikan sebagai masker. Madu pun boleh melembut dan melembapkan kulit tauuu. Tepek tepek dah cantik. Amalkan seminggu sekali untuk kesan yang terbaeekkk, jerawat pun cepat mengecut tau!
 3. Minyak kelapa
Selain dari itu, minyak kelapa pun sangat baik untuk kulit yang sihat dan cantik. Minyak kelapa dapat membantu melembapkan kulit kita dan juga terdapat vitamin di dalamnya yang memberi manfaat pada kulit. Caranya cuma lumurkan minyak kelapa pada badan/wajah pada malam hari sebelum tidur. Sangat mudah kan caranya
 4. Vitamin C
Vitamin C juga sangat baik untuk sembuhkan kulit yang nipis. Untuk dapatkan Vitamin C, anda harus makan sebanyaknya buah buahan atau ambil supplement atau produk yang ada vitamin c 
Tak tau mana nak cari? Takpe, cuba search vitamin C, nanti anda akan jumpa pelbagai tempat yang menyediakan khidmat jualan barangan yang berasaskan vitamin C. Jann pun ada jual tau produk yang ada Vitamin C dalam tu 
5. Hampas kopi
Atau juga dipanggil serbuk kopi. Hampas kopi mampu meredakan masalah keradangan dan juga boleh dijadikan sebagai scrub. Caranya, cuma campurkan hampas kopi dengan madu dan tepeklah dimuka awak tu. Buat selalu untuk kesan yang maksimum
Cuma perlu diingat, jangan tenyeh muka anda dengan hampas kopi tersebut jika kulit tengah mengalami keradangan yang teruk. Cukup dengan hanya menepek di wajah dan biarkan selama beberapa minit
6. Set Penjagaan Kulit
Haa ni benda yang teramat penting. Ni kalau tersalah pilih, yang teruk jadi makin teruk dibuatnya. Set penjagaan muka ni adalah benda yang sangat diperlukan untuk merawat masalah keradangan dan jerawat. Perlu diingatkan, kalau nak mencari set penjagaan kulit muka/wajah, carilah yang berasaskan sumber semulajadi dan sesuai dengan masalah kulit
Jangan hentam pakai yang sebarangan, nanti merana hidup. Yelah, mana taknya, kulit sensitif, tapi pakai set untuk kulit normal. Kalau masalah tak hilang, produk yang disalahkan sedangkan kita yang tersalah pilih produk
Dannn yang paling terpenting sekali, carilah produk yang berasaskan bahan bahan seperti yang Jann sebutkan di atas ;)

Khasiat Calendula & Madu Merawat Wajah Super Kering
Haa selain dari yang Jann sebutkan di atas, ada lagi satu di antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat masalah kulit sensitif dan juga superrr kering (bukan super ring ya :D)
Nama dia CALENDULA. Pernah dengar tak? Confirm pernah kannn. Kalau tengok, kebanyakan produk sekarang menggunakan calendula atau bunga marigold sebagai salah satu bahan aktif dalam produk tersebut. Tak caya cuba tanya encik google hihihi
Ok di bawah ni Jann sertakan antara khasiat minyak dari bunga calendula
Boleh atasi masalah radang dan kulit kering

Bagus juga untuk Eczema ni

Bagus untuk menghalang pembentukan jerawat dan parut


Banyak kan khasiat dia. Selain untuk merawat masalah keradangan dan kulit kering, calendula ni juga bagus dalam membantu mengecutkan jerawat, memudarkan jeragat dan boleh melembapkan kulit! Woahhh banyak sangat fungsi dia 
Tambah lagi bila dipadankan dengan madu, perghhhh superbbb. Jangan hairan lah kalau orang pandang jeling jeling je sebab kulit awak dulu yang merah merah bak udang kena panas tu dah jadi cantik macam orang Korea. Jeles lettew >p<
Sebab tu jugak lah sekarang ni Mary Jardin pun keluarkan set Calendula & Honey Skincare ni. Yelah untuk merawat masalah kulit kita yang sedia ada tu lah. Set ni bersesuaian sangat dengan awak yang berkulit sensitif dan super kering tuh



Kalau yang berjerawat ke apa, pun memang sesuai. Cakap je nak hilangkan jerawat, jeragat, sunburn in sha Allah kita cuba ikhtiarkan. Tapikan,setakat ni semua yang guna produk ni semua sangat berpuas hati. Malah, ada jugak yang lebih sukakan set ni berbanding set Lavender! Ahaha. Bagi Jann, tak kisah yang mana pun dedua Jann suka sebab kulit Jann ok dengan dedua set
TQ Dr Maryam dan Dr Athiq untuk produk yang sangat ohsemmm ni. Jom baca bawah untuk testimoni pengguna yang sangat berpuas hati 
Testimoni Pencuci Muka, Face Oil & Serum Mary Jardin 
 
Cara Mengatasi Masalah Kulit Sensitif & Berjerawat
Jerawat  Batu Kecut!

Parut Memang Cepat Gila Pudar

Sangat Best. Kulit Tak Kering Pun

Haa best kan. Sebenarnya ada baaanyakkk lagi testimoni pengguna set ni. Nanti Jann up di lain masa ya. Thank you kerana sudi membaca artikel 'Cara Mengatasi Masalah Kulit Sensitif & Berjerawat' ini 
Mary Jardin Every Woman’s Dream



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736
Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132


jannahamin169@gmail.com