Monday 28 May 2018

Tips Merawat Kulit Berminyak, Berjerawat & Parut Hitam | Jann


Assalamualaikum semua. Haa nampak tak title tu kemain lagi kan

Harini Jann nak kongsikan sedikit artikel pendek untuk bacaan santai santai semua. Taknak la tulis panjang kang ada yang tertidur pulak time tengah baca. Hihi

Actually takdela tips ape sangat, cuma biasa la kita kan tak kira lelaki ke perempuan tambah tambah lagi yang muda remaja yang baru nak meningkat usia tu, jerawat dan kulit berminyak semestinya menghantui hidup mereka

Yang takde tu Alhamdulillah, tapi sian pulak tengok sesetengah orang tu. Siap ada yang tinggal parut hitam lagi kat muka comel tu kan. Tak memasal kena ejek dan buli. Huhh siann.  Bukan mintak pun kan

Ok la, bebel panjang pulak. Tu mukaddimah je, sila scroll bawah untuk baca lagi dan lagi

Tips Merawat Kulit Berminyak, Berjerawat & Parut Hitam



1) Pencuci muka – pastikan cari pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis dan keadaan/masalah kulit. Untuk yang berkulit sensitif, cari yang sesuai dengan kulit sensitif, jangan bedal pakai je nanti makin rosak kulit tu

2) Basuh muka setiap hari, tapi jangan terlampau kasar nanti boleh buatkan kulit jadi rosak yang boleh menyebabkan jangkitan bacteria

3) Jaga pemakanan. Haa yang ni ramai yang terlepas pandang. Untuk makluman, kalau nak elakkan jerawat dari tumbuh melata kat muka tu, sila jaga jaga dengan apa yang anda makan. Elakkan terlampau banyak makanan berminyak dan juga kekacang

4) Tidur yang mencukupi juga bagus untuk mengelakkan dari timbulnya jerawat di muka dan juga mengelakkan dari terhasilnya sebum atau minyak di muka

5) Guna makeup yang “noncomodegenic” yang mana tidak menyumbatkan liang pori. Liang pori tersumbat boleh mengakibatkan timbulnya jerawat dan minyak di muka

6) Bersihkan muka dari sebarang makeup sebelum tidur. Kulit yang tidak mampu bernafas boleh mengakibatkan timbulnya minyak dan juga jerawat

7) Rajin rajinkan buat masker yang berasaskan dari sumber natural yang boleh didapati dari dapur kita sahaja. Masker tersangat bagus untuk menghilangkan parut hitam di wajah dengan cepat dan mudah. Contohnya, ambil sebiji tomato dan lumurkan ke muka. Biarkan dalam beberapa minit di muka kemudian bilas. Ulangi 1 @ 2 kali seminggu sehingga mendapat hasil yang memuaskan

8) Elakkan kulit dari terus terkena sinaran matahari atau haba dari dapur. Pastikan memakai sunblock untuk mengelakkan kulit terbakar dan timbulnya bintik hitam di muka

9)  Jangan picit jerawattt. Ni ramai yang buat sebab geram kan. Tapi ketahuilah bahawa aktiviti memicit jerawat itu boleh meninggalkan kesan parut hitam dan merosakkan kulit. A big no ya

10)  Gunakan set skincare yang baik untuk kulit. Mary Jardin juga ada keluarkan Essential Set yang merangkumi sabun (pencuci muka), face oil (moisturizer) dan collagen Serum sebagai pelindung dari sinaran UV

Tips Merawat Kulit Berminyak, Berjerawat & Parut Hitam
Tips Merawat Kulit Berminyak, Berjerawat & Parut Hitam


Fungsi collagen serum


Manfaat Madu & Vitamin C Untuk Muka

Haa tu la sedikit Tips Merawat Kulit Berminyak, Berjerawat & Parut Hitam. Tadi kan kat tips no 7, Jann ada tulis kerapkan penggunaan masker pada muka. Kalau anda semua nak tahu, selain dari tomato, banyak lagi bahan di dapur yang kita boleh guna untuk merawat masalah kulit berjerawat, berminyak dan parut hitam

Antaranya MADU. Ye, madu ni manfaat nya sangat besar dalam mengembalikan keremajaan kulit. Madu juga tersangat bagus untuk mengecutkan jerawat dan menanggalkan sisa sisa yang berada di kulit kita

Selain dari tu, perasan tak yang Vitamin C pun banyak digunakan dalam pasaran produk skincare sekarang ni. Vitamin C ni tersangat bagus dalam merawat kulit. Antaranya, boleh membantu kita kekalkan keseimbangan kulit kita dan membuat kulit lebih moist

Untuk pengetahuan anda semua, madu merupakan bahan aktif dalam sabun muka Mary Jardin. Vitamin C juga digunakan dalam collagen serum. Tenyata manfaat kedua bahan mampu merawat masalah kulit kita semua



Boleh rujuk gambar di bawah untuk ketahui apa yang Essential Set Skincare Mary Jardin mampu buat untuk kulit anda semua

Testimoni Essential Skincare Mary Jardin








Mary Jardin Every Woman’s Dream



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736
Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132


jannahamin169@gmail.com



Makeup Raya 2018: Kosmetik Natural Trend & Pilihan Terkini | Jann



Salam Ramadhan semuaa. Dah nak hampir dua minggu dah kan kita berpuasa. So macamana amalan? Selari tak dunia dan akhirat? In sha Allah selari la kan

Baju raya dah jumpa dah? Pesen ape ye tahun ni, Jann tak sempat nak tengok lagi. Maklumlah, Jann ni tiap tahun pesen sama je, kalau tak baju kurung biasa, baju kurung yang moden sikit la jawabnya. Tak pakai ehh yang peplum peplum ni, segan hihi. Oh yaa, baju raya Jann dah siap dah :D

Yang tak mencari lagi tu jangan lambat lambat pulak ye. Sesambil tu dah boleh cari dah. Kalau nak yang online better cari sekarang sebab Poslaju dah nak tutup dah tu dengarnya kan. Tengok ni pengumuman tarikh last dari poslaju



Ni nak tanya la kan, set barangan makeup untuk raya dah ada ke? Haa apee belum ada lagi? Jenis makeup camne yang awak awak semua cari tu ya?

Makeup Raya 2018: Kosmetik Natural Trend & Pilihan Terkini



Jangan tak tahu, makeup sekarang pun ada trend tauu, sekarang ni orang suka pakai yang set lengkap dari yang nak tepek ke kulit sampailah yang letak kat bibir tu. Apelagi kalau bukan set bedak, lipstick, eyeshadow, blusher, eyebrow dengan eyeliner. Gittchew. Kemain lagi kan

Tapi tapiii, sekarang ni orang dah tak pakai yang warna warni di aidilfitri dahh. Orang sekarang, tahun 2018 ke atas kan, makeup raya dah more to warna warna yang natural dah. Contoh kalau bibir warna merah, eyeshadow tak kan overshadow dengan warna biru atau kuning atau merah 😆😆😆

Kalau dalam tv atau cerita bolehla kalau nak pakai yang berwarna warni pun kan. Contoh cam dalam movie Suicide Squad kat dalam gambar bawah ni. Nak pakai camni boleh la kalau kena dengan tema kan

Warna warni youu. Nak ke raya pakai camni?

Kita kat Malaysia takleh la pakai camtu, tambah lagi untuk raya. Takkan nak g beraya rumah orang dengan warna penuh kat muka. Kang terkejut tuan rumah, terus bagi duit singgit suruh balik rumah sendiri

Hihi. Kosmetik yang berwarna natural semestinya menjadi trend sekarang dan pilihan gegadis Malaysia yang terkini. Tak caya, cuba google. Ramai yang cari natural kosmetik tau. Lagipun, bagi Jann la kan, yang natural look tu nampak lagi sweet. Manis letting orang pantai timur kata

Siap tuan rumah pandang tak jemu jemu. Siap hidangkan kuih raya dengan balang balang sekali dia bagi. Hihi. Lagipun ok la kan, takdela berhias melebih lebih. Islam tak galakkan pun berhias melebih ni kecuali untuk suami dan mahram sendiri

Ok, back to kosmetik natural, Mary Jardin ada keluarkan kosmetik yang boleh buatkan kulit kita nampak natural jee, tak fake. Iye adaa

Macam dalam artikel yang lepas lepas kan, Jann ada share berkenaan BB Cushion Mary Jardin, Foundation dan Lip Matte. Haa setakat harini tiga jenis ni je yang ada dalam range cosmetic Mary Jardin. Dengarnya, bakal ada loose powder, blusher dengan wet tissue. Bila dikeluarkan tu Jann belum pasti lagi, maappp

BB Cushion dengan Foundation tu, ada 4 warna. Boleh tengok dalam gambar di bawah ni ya, ada code 01 (more to pinkish), code 02 (light), code 03 (mix antara light dengan natural) dan code 04 (natural). BB Cushion dan Foundation ni actually dia punya ingredients sama je, takde yang berbeza pun. Yang beza cuma satu dalam botol dan satu dalam bekas bulat

Makeup Raya 2018: Kosmetik Natural Trend & Pilihan Terkini
Warna dari code 01 ke code 04

BB Cushion ni, kalau awak awak semua nak tahu, ia tersangat lah praktikal untuk dibawa ke sana sini. Kalau lepas solat tu kan, just ambik BB Cushion, dab dab ke kulit dan dah settle. Cukup la untuk tutup cela sesikit kat wajah tu. Siap ada SPF30 lagi untuk lindung kulit dari sinaran UV


Makeup Raya 2018: Kosmetik Natural Trend & Pilihan Terkin
Nilah gerangan BB Cushion yang cute dan comel je bekasnya


Macam jenis foundation ni, Jann rasa ia sangat sesuai untuk pakai kalau nak g memana yang ada event. Contohnya kalau nak g dinner ke, nak dating ke, kenduri kawin atau apa apa majlis besar ke boleh la guna foundation ni. Sebabnya, ia adalah full coverage untuk satu muka kita tu. Takyah topup dengan yang lain, pakai ia satu satunya pun dah elok sangat muka tu. Pun sama, siap ada SPF30

Makeup Raya 2018: Kosmetik Natural Trend & Pilihan Terkini
Liquid Foundation - Natural based

Lip matte pulak, ada 10 warna macam dalam gambar ni. Dari warna yang soft sampai lah ke warna yang terang yakmatt ada okeh. Pilih je nak yang mana satu idaman kalbu. Yang bestnya lip matte ni boleh mix & match

10 swatches pilihan warna yang ada

Makeup Raya 2018: Kosmetik Natural Trend & Pilihan Terkini

Senang kira, kalau grab 2 warna lip matte, awak awak boleh dapat lagi satu warna yang baru. Lip matte ni actually kan, sangat sangat best. Dah la datang dengan 10 warna yang sangat berbeza dengan lip matte yang ada kat pasaran sekarang ni. Bahan dia pulak natural based. Takde merkuri dengan bahan kimia berbahaya itu yang pastinya 

Mary Jardin Travel Bag Mudah Dibawa

So untuk di hari raya ni, actually Dr Maryam dah sediakan satu benda yang sangat exclusive yang patut ada di pagi raya kita nanti. Woahh apekah la agaknya kannn

Taraaa ni la baby baru, #MJTravelBag khas untuk raya 2018 kita ni. Nak tau apa yang ada dalam tu? Lihat gambar bawah ni yaaa

Yang bertangkai tu MJTravelBag, lagi satu MJRayaBox


Makeup Raya 2018: Kosmetik Natural Trend & Pilihan Terkini
Yang berbentuk huruf J tu la broochnya

7 Pilihan Warna yang sangat menarik

Haa nampak kan. Ada 7 pilihan warna shawl yang sangat cantik. Harga dia pun mampu milik, bukan mampu tengok je macam tudung ‘duck’ tu. Yang tu beribu Jann memang tak mampu pakai, tapi yang ni tak silap rm120 je harganya. Satin silk okeh, dengan jahitan eyelash lagi. Jann yakin dan percaya awak awak semua akan suka dengan shawl labuh 2meter ni. SHAWLehah sangat tauu

Siap ada BB Cushion dengan lip matte lagi tu dalam dia. Perfect! Takyah cari lain dah. Nak g raya pun senang, bukak beg tu pastu semua dah dihidangkan depan mata

Yang bentuk “J” tu brooch tau, brooch exclusive dari Mary Jardin khas untuk #BangsaMJ je. Siap dapat FREE mystery gift. Kalau nak tau apa dia benda FREE tu kena la grab satu dulu kan

Review BB Cushion Tahan Lama & Lip Matte Melembapkan Bibir

Ok lah tak mau cakap banyak dah. Boleh tengok gambar bawah ni, betapa ramainya yang suka dengan BB Cushion dan juga Lip Matte









Tataaa setakat itu je untuk artikel kali ni. Jumpa lagi di lain artikel. Terima kasih sudi membaca

Mary Jardin Every Woman’s Dream



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736
Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132

jannahamin169@gmail.com

Monday 21 May 2018

Tips Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadhan & Diet Secara Sihat | Jann

Tips Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadhan & Diet Secara Sihat
Tips Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadhan & Diet Secara Sihat

Ramadhan tiba, Ramdhan tiba. Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya Ramadhan

Assalamualaikum, jumpa lagi kita di lain artikel. Haa camne puasa setakat ni ok tak? Sepatutnya dah ok lah kan, since harini pun dah hari ke 5 puasa kan

Alang alang tu Jann nak tanya la kan, ada ke yang masih letih letih bila berpuasa ni? Tak bermaya ke nak buat kerja

Takleh la camtu kan, puasa bukan bermakna kita kena lemau lemau. Nak kena juga kekal cergas walaupun tengah puasa ni haa. Tak cakap orang la, Jann pun sama je kenkadang tu ada juga rasa kurang bermaya. Tapi keep cakap kat diri sendiri yang puasa bukan bermakna kita ni lemah. Kaannn

Tips Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadhan & Diet Secara Sihat



Dah nampak kan title tuu. Kalini Jann taknak tulis panjang panjang, cuma nak kongsi sedikit tips kekal bertenaga di bulan Ramdahan dan juga camana cara nak diet secara sihat

Perlu ke kita kekal bertenaga di bulan puasa ni? Sangat sangat perlu la kan. Nak buat itu ini kena la selalu cergas. Tambah mak mak atau ibu ibu la, kang nak melayan anak anak buat perangai lagi, nak mintak itu ini, sepahkan barang barang. Haduiii la, yang menghadapi je tau camne perasaan tu kan

Tambah kalau ibu menyusu atau mengandung kan, cabaran tu sangat besar. Letih uiii, disebabkan tu jugak ibu ibu ini dapat special privilege Allah bagi. Kalau tak mampu nak berpuasa, dibolehkan untuk berbuka

Ok back to the title (cewah spiking sikit), di bawah Jann kongsikan Tips Untuk Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan ya

Kurangkan Pengambilan Makanan Manis

Haa ni tips pertama ya. Kalau boleh, ketika bersahur, kurangkan yang manis manis ni, terutama minuman bergula lah. Sebabnya, makanan manis ni biasanya tinggi glisemik indeks (GI) – GI boleh mempercepatkan proses kelaparan semula

Lebihkan Makanan Yang Berserat Tinggi

Jangan tak tahu yang makanan berserat tinggi ni boleh buat kita kenyang lebih lama! Contoh makanan berserat tinggi seperti buah buahan Malaysia (Betik, Nenas, Mangga, Durian, Jambu Batu), sayuran (Tomato,Timun), Oat, Roti, Gandum, Kacang dan banyak lagi

Elakkan Minum Minuman Berkafein

Haa ini yang kita kena elakkan. Nak tau kenapa? Kerana ia menyebabkan kita dahaga dengan cepat. Sebenarnya boleh je minum minuman berkafein, tapi kena ada caranya. Yang pastinya, bila bersahur, ambik kafein secara teratur dengan air masak dan juga makanan bersahur. Jangan skip air masak dan makanan anda ya

Jangan Tidur, Buat Aktiviti Lain Selepas Solat Subuh

Dan jangan tidur selepas sahur ya, kalau tak tubuh kita akan cepat lemah nanti. Dinasihatkan buat aktiviti yang bermanfaat contohnya buat senaman ringan, selesaikan kerja rumah ataupun hiasi Ramadhan kita dengan bacaan ayat ayat suci Al-quran
.
.
.
Setakat itu sahaja tips dari Jann untuk kekal bertenaga di bulan puasa ni. Ohh ya, lagi satu untuk diet secara sihat. Diet secara sihat ni maksudnya, kita on diet tapi tak lah dalam keadaan berlapar. Diet dengan perut kenyang gittchewww

 Secara basicnya, lebih kurang je cara untuk kekal bertenaga dan diet secara sihat ni. Yang pastinya, untuk diet secara sihat, (1) kita kena lah selalu detox badan kita dari sebarang kotoran. Yang paling mudah, jangan lupa air kosong/air masak anda tau. Air kosong sangat bagus untuk masalah penghadaman di awal pagi

Selain dari tu, boleh la mencuba (2) ambil segelas air suam bersama halia yang diketuk dan direndam, dan minum sebelum makan. Boleh juga ditambah dengan madu atau limau nipis ataupun jus lemon. Selain dapat membekalkan tenaga secara pantas, ia juga dapat menyekat selera makan

Jangan lupa juga (3) pengambilan makanan yang mempunyai 300 kalori atau lebih. Paling mudah kiraannya, ambil nasi segenggam, kurangkan sambal dan ambik lebih sayuran. Settle, perut kenyang hati pun senang
  
Pea Protein Drink Mary Jardin Sesuai Untuk Yang Allergic Pada Soya





Nak lagi senang, ambik je Pea Protein Drink Mary Jardin ni. Pea Protein ni mampu membekalkan tenaga kepada badan kita dan ia juga bagus untuk mengawal berat badan kita

Yang mana rasa nak tambah berat badan boleh consume, yang ingin kurangkan berat badan pun boleh. No hal lah

Dalam pea protein ni pun siap siap dah ada formulation untuk bantu bekalkan tenaga pada badan kita. Teruskan pembacaan untuk tau manfaat dari Pea Protein ni

  • Pea protein powder adalah salah satu hypoallergenic dikalangan protein powders, kerana ianya tidak mengandungi gluten ataupun dairy
  • Ianya lembut di perut dan tidak menyebabkan perut kembung
  • Membantu Menurunkan Berat Badan
  • Menambahkan supplement protein setiap hari
  • Ianya akan membantu build muscle
  • Membakar lemak dengan pantas
  • Dapat menurunkan hormon lapar iaitu ghrelin
  • Menghasilkan peptides yang akan melambatkan pengosongan perut dan juga menghalang ghrelin
  • Menyebabkan kita kenyang lebih lama
  • Jantung Lebih Sihat
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Protein yang berasaskan dari tumbuhan, akan mengurangkan risiko kena serangan jantung
  • Ianya dapat mengurangkan inflammation
  • Mengurangkan Risiko Sakit Berkaitan Buah Pinggang
  • Membina Otot
  • Mengandungi kuantiti yang besar L-Arginine
  • Menstabilkan Kandungan Gula Dalam Darah
  • Ianya boleh membaik kawalan glycemic

Lagi satu, yang mana allergic pada soya, pea protein ni sangat sesuai untuk anda. Yelah kan, soya ni tak semua orang boleh makan, tapi untuk yang inginkan minuman protein, ini sangat rugi pada mereka. Disebabkan itu juga la Dr Maryam keluarkan Protein Drink berasaskan Pea ni, supaya semua orang boleh mendapat manfaat dari minuman tersebut

Jann sangat syorkan pada sesiapa yang allergic pada soya untuk mencuba pea protein drink ni. Jann yakin dan percaya anda semua akan berpuas hati dengan minuman ini macam cikpuan cikpuan dalam review dan testimoni di bawah

Review & Testimoni Pengguna

Consume time dinner, besoknya pukul  8 pagi still kenyang

Susu makin bertambah yeayy

Nasi petang baru rasa nak makan

Perut kenyang sampai tengahari

Berat turun 2 kg selama5 hari consume PP. Waah bagus juga ni untuk diet sihat kan 




Sekian, jumpa lagi kita di lain artikel. Yang mana nak dapatkan produk ini,boleh je contact Jann ya melalui whatsapp link di bawah. Jumpa lagi. Tataaa

Mary Jardin Every Woman’s Dream



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736
Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132


jannahamin169@gmail.com


Calendula Serum Mary Jardin Untuk Kulit Sensitif & Kering | Jann

Calendula Serum Mary Jardin Untuk Kulit Sensitif & Kering


Assalamualaikum dan haiiii. Bertemu lagi kita dalam artikel kali ini. Setelah seminggu tak update pape, kalini Jann kembali lagi dengan title artikel yang baru. Ada yang rindu kah ~

Takde gi memana pun, almaklumlah sibuk sikit kan, dengan hari mengundi (PRU14) lagi, sambung cuti lagi, tu yang sibuk sikit. Sibuk ngalahkan menteri dah kan. Hihi

So ni Jann nak sambung penulisan berkenaan kulit sensitif

Kulit anda jenis yang macam mana?

Haa sini Jann nak tanya sikit la kan. Dalam ramai ramai antara readers ni ada tak yang kulit dia sensitif sangat? Kalau nak pilih skincare tu punya lah susah sebab terpaksa pilih bebetul. Kalau tersalah pilih uiii merana badan, mula la muka tu macam monster, terkeluar habis segala mak nenek bintik bintik kat muka tu

Seremmm bangat sihh. Nak jumpa orang pun malu. Huhu

Jann pun kulit agak sensitif jugak sebenarnya, tapi mungkin la tak sesensitif yang terlampau sensitif tu. Paham tak? Kiranya kalau dibagi level 1 – 10, tahap sensitif Jann tu dalam no 5. Separuh separuh gitu haa

Sebab tu paham sangat, kalau tersalah pakai mak uiii. Merah merah tu naiknya. Orang pandang semacam je, mungkin dok tengok apehal la muka si dia ni, dah macam kena gigit dek nyamuk ^,^

Teringat pulak cerita ni, adik Jann ada beli satu produk cosmetic brand online yang boleh tahan glemer gak laa. Tengok packaging tu memang cantik la kan, terus kitorang main cuba cuba makeup. Esoknya kulit adik elok, kulit Jann pulak yang berbintik bintik

Uwaaa makan masa gak la nak hilang bintik tu tauu. Sadis betul lah, seminggu jugak muka dok camtu je. Sampai akak pun kata “isshh teruknya muka”. Rasa nak baling je produk tu. Hihihi actually kulit Jann la yang takleh tolerate dengan bahan dalam produk tu kan. Sensitif uiii

Calendula Serum Mary Jardin Untuk Kulit Sensitif & Kering



Kulit sensitif ni, ubat dia kena la cari any skincare atau cosmetic yang sesuai bebetul dengan kulit kita kan. Nak kena test satu satu

Walaupun produk tu mahal mana sekalipun, kalau dah tak sesuai, jangan dicuba okeh. Kalau tak, hip hip hoorey berjimba je la dalam rumah tanpa jumpa orang sekeliling :D

Ohh ya, Jann sebenarnya nak cerita satu produk baru keluaran Mary Jardin ni haa. Serum terbaru yang sangat bersesuaian untuk orang yang berkulit sensitif. Aah iyeee, khas untuk kulit awak awak semua yang terlajak sensitif tu. Tapi tak semestinya yang berkulit sensitif je yang boleh pakai, kulit kering dan berjerawat pun boleh aihhh

Nape semua boleh pakai? Sebabbb, dalam serum ni ada ekstrak bunga calendula. Boleh rujuk gambar untuk manfaat calendula ni

Calendula Serum Mary Jardin Untuk Kulit Sensitif & Kering





Haa dah habis baca kan. Calendula ni kalau ikutkan tersangat bagus untuk kulit. Kalau perasan laa, calendula ni banyak digunakan dalam produk produk bayi. Maklumlah, kulit bayi ni kan terlajak sensitif, so dengan calendula ni, kulit bayi in sha Allah tak timbul sebarang masalah

Camtu jugak la dengan kulit sensitif awak awak tu. Sesuaaiii sangat kalau digunakan

Brand popular pun banyak guna calendula ni dalam produk diorang. Boleh cuba tanya pakcik gugel kalau nak tau info lebih lanjut ye

Produk Baru Berasaskan Madu, Timun & Spearmint

Tadikan Jann ada bagitau yang serum ni orang jenis kulit kering dan berjerawat pun boleh pakai kan. Sebabnya, dalam serum ni pun ada madu, timun dan spearmint. Tau tak khasiat semua bahan ni? Mestilah tau kaannn

Madu ni bersifat anti-bakteria, yang mana ia mampu merawat segala mak nenek bacteria kat muka kita tu. Jerawat jerawat tu jenis bacteria la tu yang menyinggah. Mula dari kecik, lama lama jadi besar. Aduiduiii sakit ohh bukan kepalangg

Timun? Tau kan timun? Kalau tak kenal timun, cucumber pun orang panggil jugak >.<

Timun ni sejuuuk sangat. Buat minum boleh, buat cicah ulam budu best, buat tepek kat muka tu laagilah best. Biasa kan tengok orang tampal timun kat bahagian mata tu. Timun ni actually bagus sangat bagus untuk bagi kelembapan pada kulit kita. Takdela kulit tu kering nanti

Lagi satu bahan best dalam serum ni adalah spearmint. Alalala itu laa daun yang berangin angin tu bila makan. Dalam ubat gigi pun selalu ada, biasa dia la yang bagi rasa fresh tu. Bagi mereka yang kulit sensitif, yang takleh tahan dengan peppermint, spearmint la yang menjadi pengganti

Spearmint ni, bila letak je kat muka tu kan, rasa FRESSHHHH jee. Boleh rujuk gambar bawah ni untuk tahu lebih lanjut fungsi lain spearmint ya

Fungsi lain spearmint

Ada lagi bahan bahan lain dalam calendula serum ni sebenarnya, tapi kat sini Jann tulis yang main (utama) je la dulu ya. Nanti ada peluang, Jann cerita lagi

Peluang Menang Percutian Ke Australia

Nak dapatkan calendula serum ni? Bolehhh boleh tersangat lah boleh. Tapi nak bagitau la kan, serum ni exclusive hanya boleh dapatkan dalam #MJRayaBox jee




Iyeee, box ni dikeluarkan khas untuk raya ni je. Dalam box tu ada juga item lain yang sangat exclusive iaitu Liquid Facial Cleanser dan juga Face Oil si magic potion tu. Ramai tau yang tertunggu tunggu liquid facial cleanser ni, maklumlah semua nak bawak yang senang travel. Nak balik kampung la katakan. Hihi




Haa ada lagi ni something special >>>>

>> sesiapa yang grab MJRayaBox ni berpeluang menang percutian ke Perth Australia untuk 2 orang <<





Yeayyyy. Untungnya badan kalau dapat kan. Boleh la tengok Kangaroo dengan Koala Bear depan mata. Pun boleh cakap dengan orang kampung, saya dah jejak kaki ke Australia dahhh

Hihi kemainnn la kan

Sooo sesape yang nak mencuba skincare ni dan menang hadiah percutian, boleh cecepat wasap Jann ye kat sini. Nak tanya pape pun boleh, tanya je. Jann sedia membantu dan menjawab segala permasalahan awak awak semua. Dun worry be happy

Jumpa lagi di next artikel. Tataaaa

Mary Jardin Every Woman’s Dream



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736
Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132


jannahamin169@gmail.com