Monday 16 April 2018

Lip Matte Mary Jardin Melembapkan & Merawat Bibir Kering | Jann

Disclaimer: Gambar Ihsan Google

Bibir kering tu masalah la kan. Tak kira dah, orang lelaki ke orang perempuan, sama je. Budak kecik atau baby pun tak terkecuali. Kalau kering sahaja takpe la, ni siap kering pastu siap berkuping. Nak dibiar? Memang taakk la, Jann tau sangat perangai orang orang ni, semestinya nak di kutil kutil atau nak di kupas kupas la bibir tu kan

Bila dah dikutil dikupas, yang tinggal hanya rasa sakit dan pedih. Darah keluar sikit sikit. Aduiiii. Nak makan nak minum pun seksa, kalau makan pedas sikit mula la rasa ngilu tu datang >_<

Berbalik pada bibir kering, siapa tau punca apa yang sebabkan bibir kita ni kering? Haa ce jawab

Kurang minum air? Yeeee kebanyakan orang tau ni, salah satu punca bibir kering ni adalah kurang minum air masak atau air kosong atau erti kata lain air putih. Selain dari kurang minum air, cuaca pun memainkan peranan. Ye la bila dah panas kan, bibir cepat kering. Dah terhidrasi orang kata. Nak tak nak, air kosong jangan dilupa ya minum lebih kurang minimum 4 gelas sehari

Minum air putih secukupnya


Tapi, tapi, tapikannn. Ada orang kata kurang minum air tu mitos sahaja. Benda yang menyebabkan kekeringan bibir adalah kurangnya Vitamin A dan Vitamin B2 dalam badan kita tu. Camne nak buat bila kurang vitamin dalam badan? Kena cari makanan atau supplement untuk menambah Vitamin dalam badan laa kan - o_~ -

Selain dari beberapa perkara tu yang menjadi penyebab, penggunaan lipstick atau apa apa yang berkenaan bibir pun memainkan peranan penting. Contohnya, banyak pakai lipstick untuk nampakkan bibir yang cantik tapi kurang pakai balm yang boleh merawat bibir. Haa camne tu? Kiranya, nak nampak cantik di luaran je sedangkan hakikatnya bibir pecah pecah bila tak pakai pape

Aduh duhh sakitnya tuh di sini, tertusuk terus bak pisau menikam kalbu

Bibir hitam dan gelap

Haa ni lagi satu masalah bibir yang menjadi mimpi ngeri setiap orang. Mana tak mimpi ngeri, orang asyik pandang bibir kita je bila bercakap. Tak memasal orang chop kita merokok a.k.a smoking walhal kita ni  bau rokok pun dah takleh tahan

Nasib badan la kan, nak buat camne lagi. Bawah ni boleh baca Jann sertakan penyebab bibir jadi hitam dan gelap

Ø  Minuman berkafein – contoh macam kopi, Nescafe tu la. Ni bukan takat bibir yang hitam, gigi pun jadi kuning. So kurangkan pengambilan kafein ya
Ø  Keturunan – ni takleh buat ape dahhh, genetic mana boleh kita tolak tolak kan, kerja tuhan semua tu
Ø  Merokok – ni punca utama. Jangan hairan kalau bibir hitam kalau rokok tak tinggal okeh
Ø  Kurang Vitamin C dan diet tak seimbang
Ø  Dehidrasi – kurang minum air
Ø  Cahaya matahari – bibir pun perlukan perlindungan SPF tauu
Ø  Lipstick – puncanya tak tanggalkan lipstick bebetul sebelum masuk tido. Ada juga lipstick yang mengandungi banyak bahan kimia yang menghitam dan menggelapkan bibir

Dah baca dah beberapa sebab bibir hitam dan kering? Ok good good. Dah habis baca yang tu boleh sambung baca yang bawah ni pula untuk ‘tahu’ something yang boleh merawat dan kembalikan kelembapan bibir kita semula

❤ Lip Matte Mary Jardin Melembapkan & Merawat Bibir Kering ❤


Majlis Pelancaran Lip Matte pada 21 April ini jam 2 petang


Ni laaa yang ditunggu tunggu tu. Kan pada artikel lepas Majlis Pelancaran Lip Matte MaryJardin Jann dah bagitau yang lip matte ni akan dilancarkan pada 21 dan 22 April 2018 ini kat KLCC Exhibition. So pada entry ni Jann nak kongsi dengan anda semua kenapa lip matte ini perlu dimiliki oleh setiap orang

Mengikut apa yang dikongsikan oleh Dr. Maryam, bahan yang digunakan dalam pembuatan Lip matte ni sememangnya amat exclusive dan premium yang mana susah nak dapatkan dari produk lip matte yang lain. Bahan bahan dia seperti di bawah ni

  • Argan oil – mencegah bibir dari kekeringan dan menggelupas
  • Rose flower oil – melembapkan bibir
  • Lanolin – membantu dalam melembutkan bibir
  • Glycerin – mengatasi bibir pecah dan merawat bibir dari hitam dan gelap
  • Vitamin E – melindungi bibir
  • Organo Silicone

Wow sangat premium kan. Kat atas ni Jann kongsikan secara umum fungsi setiap bahan, dan untuk yang ingin baca lebih lagi boleh Google untuk fungsi fungsi lainnya. No worries, Jann akan kongsikan juga detail setiap bahan dalam article yang akan datang In Sha Allah J

Jadi, secara umumnya, Lip Matte Mary Jardin ni sangat best kerana ia tidak mengeringkan bibir, malah ia sangat melembapkan dan mampu merawat bibir yang kering dan juga hitam. Bahan bahan dalam lip matte tu la kan bergabung untuk memberi keselesaan pada setiap pengguna

Lip Matte Mary Jardin Melembapkan & Merawat Bibir Kering
Lip Matte Mary Jardin Melembapkan & Merawat Bibir Kering





Selain dari tu, ia adalah termasuk di dalam kalangan “Kosmetik Mesra Solat & Tanpa Bahan Kimia Berbahaya”. Haa kenapa Jann cakap macam tu?

Sebenarnya, Lip Matte ni mudah sangat untuk wipe off. Hanya guna sehelai tisu basah dah boleh tanggalkan dengan mudah. Jadi tak ada la isu nak hilangkan kesan lip matte tu pada bibir sebelum nak mulakan solat kann

Sangat sangat praktikal untuk mereka yang ingin kelihatan cantik, tapi dalam masa yang sama ciri ciri muslimah memang tak tinggal

Dan lagi satu, berkenaan tanpa bahan kimia berbahaya. Boleh baca info di gambar bawah ni yang Lip Matte ni tanpa plumbum yang boleh sebabkan ia tahan lama


Sebabnya, any lipstick atau lipbalm atau lip tint, lip matte sekalipun memang memerlukan bahan kimia untuk membuatkan ia kekal berada di bibir kita. Tambah kekal, tambah banyak lagi bahan kimia dalam sesuatu produk itu. Wallahua’lam

Since Lip Matte Mary Jardin tak kekal lama di bibir, kat situ pun kita boleh lihat kan betapa terjaganya bibir kita dari bahan kimia berbahaya

In sha Allah kalau dah terbaik untuk orang ramai, tak lama lagi Lip Matte Mary Jardin akan menjadi ‘Produk Terbaik Di Pasaran Malaysia’ kan. Produk terbaik memang orang cari dan akan kekal menjadi terbaik walau di mana jua ia berada

Pada anda anda yang ingin dapatkan Lip Matte Mary Jardin, boleh tekan sini untuk sebarang pertanyaan. Untuk yang ingin walk-in ke KLCC nanti, boleh terus ke sana pada 21 April (launching jam 2 petang) & 22 April ini dan untuk yang ingin dapatkan via postage tapi dengan harga yang lagi JIMAT dengan combo 5 pcs atau 10 pcs boleh whatsapp Jann pada nombor dan link yang tertera disekitar blog ni

Nak dapatkan Foundation dan BB Cushion atau any item skincare Mary Jardin pun boleh ya. Yang bertuah Jann bagi FREEGIFT ❤❤

Jangan terlepas peluang keemasan ini ya


Mary Jardin Every Woman’s Dream



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736
Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132


jannahamin169@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Terima kasih daun keladi :)