Monday 30 April 2018

Review Lip Matte Tahan Lama, Warna Cantik & Pelbagai Guna | Jann


Review Lip Matte Tahan Lama, Warna Cantik & Pelbagai Guna
Review Lip Matte Tahan Lama, Warna Cantik & Pelbagai Guna


LIP MATTE, LIP MATTE, LIP MATTE

Lip Matte ni kira satu fenomena baru la kan dalam dunia makeup dan kecantikan. Kalau zaman dulu dulu, orang pandai guna lipstick sahaja. Kalau kat negara luar mungkin lah lip matte ni dikira dah lama ada, tapi kat Malaysia ni baru je dalam beberapa tahun. Dan Jann rasa zaman Jann kecik dulu tak meluas lagi pun penggunaan Lip Matte ni kan


Lip matte. Kenapa orang sekarang lebih suka guna lip matte? Any idea?


Bagi Jann, sebab lip matte ni lagi praktikal. Ada yang suka nampakkan bibir dia kemas dan natural gitu. Natural like bibir kita tanpa pakai apa apa tetapi berwarna. Kalau dari definisi pun, lipstick dan lip matte adalah sesuatu yang berbeza. Lipstick ni kita panggil lipstick sebab dia dalam bentuk stick (batang) dan ada dalam macam macam jenis. Ada yang glossy, ada juga yang matte, dan ada juga yang lain dari dua jenis ni

Lip matte ni pula dalam bentuk liquid (cecair), yang mana akan bagi effect matte pada pemakai. Matte ni maksudnya lebih kurang sesuatu yang tak melekit, tak berkilat dan tak berminyak pada bibir. Mungkin lebih praktikal sebab sesentengah orang lagi suka oleskan sesuatu yang basah pada bibir, yang mana kemudiannya akan bertukar menjadi matte yang kering dan tahan lama pada bibir

Kalau perasan kan, banyak jenama besar yang keluarkan lip matte, antaranya ada Kylie, NYX, Maybelline dan juga beberapa jenama hebat yang lainnya. Dan antara banyak banyak jenis benda yang kita letak kat bibir tu, LIPMATTE adalah antara yang paling disukai oleh ramai wanita. Disebabkan itu juga, Mary Jardin keluarkan lip matte untuk memenuhi setiap citarasa wanita yang ada di Malaysia dan juga seluruh dunia

Review Lip Matte Tahan Lama, Warna Cantik & Pelbagai Guna


Untuk article kali ini, Jann nak kongsikan beberapa review yang telah wanita wanita di luar sana guna setelah berlangsungnya majlis pelancaran lip matte tempoh hari. Pendek kata, semua yang menggunakan lip matte ni sangat berpuas hati

Ada yang bagi 5 per 5 bintang, dan ada juga yang bagi 10 per 10 bintang. Kiranya dapat FULLMARK lah lip matte keluaran Mary Jardin ni ;)

Setakat hari ini, review yang Jann dapat dari yang lain pun sangat ohsemm. Ada yang kata bibir rasa lembapp je bila pakai lip matte, tak terasa kering pun bibir bila bangun esok paginya. Rasa ringan sangat macam tak pakai pape pun ada. Testimoni ada di hujung artikel ya

Lagi satu, lip matte ni boleh tahan beberapa jam di bibir. Walau makan aiskrim, makan ayam atau makan scallop sekalipun, lip matte tu tetap kekal megah di bibir. In sha Allah tak melekat pada makanan, tapi lain la kalau anda semua makan secara gelojoh, peratusan melekat tu adalah tinggi :D

Hihi

Tahan 5 jam dah tauuu lepas makan macam macam

Warna tak lekat kat gelas, cuma ada bekas sikit je

Yang pentingnya, muka kelihatan berseri seri dengan warna lip matte yang sangat memukau hati tu. Lip matte ni di datangkan dengan 10 warna yang sangat cantik tau. Ada warna pink, soft pink, merah ala ala vampire, peach, dark purple to maroon. Haa tengok gambar gambar bawah ni sangat cantik kan bila berada kat bibir tu

Yang ni code 06, merah menyala makngah
10 warna yang ada. Yang mana satu pilihan kalbu?



Dr Maryam pun pakai code 03. Sangat cantik dan natural je nampak

Yang Jann paling suka warna merah ala ala vampire tu la, code 06 tapi mungkin Jann takkan pakai kalau takde event. Kiki. Tapi untuk mereka mereka yang berani, memang boleh pakai yang ni walaupun nak keluar pegi kedai runcit Pak Ali 😆😆

Nak pergi dinner sesuai la ni pilih salah satu ikut tema. Kalau taknak yang terang terang, boleh pilih yang soft soft je

Haa lagi satu, warna warna ni boleh di mix & match tau. Nak buat ombre ala ala orang Korea selalu pakai tu pun boleh sangat. Tambah cantik uolss. Beli 2 warna dapat 3 warna gitu macam dalam gambar kat bawah ni

Soft and sweet sangat warna ni. Code 06 + 02


Selain dari kegunaan dia untuk dipakai di bibir, lip matte ni pun ada pelbagai guna tauu. Apekahhh

Boleh dibuat as blusher dan eyeshadow laa. Nak tau tips pakai blusher & eyeshadow menggunakan lip matte Mary Jardin tak?

Tak susah pun, just ambik setitik dua lip matte (ikut pilihan warna masing masing) pastu letak kat bahagian tulang pipi untuk blusher. Just dab dab atau ratakan dengan berus. Untuk eyshadow pun sama letak setitik dua di kelopak mata then ratakan. Siappp

Jangan lupa buat selepas pakai BB Cushion atau Foundation tau, barulah cantik. Dah siap tu sembur dengan face mist untuk lock makeup kat muka tu. In sha Allah kekal sepanjang hari  

Testimoni Bibir Kekal Lembap & Tidak Kering Sepanjang Hari

Lip matte keluaran MJAC ni sebenarnya lain dari yang lain. Pernah rasa tak masa pakai lip matte, bibir okay je. Cuma bila dah tanggalkan dia, bibir terus jadi kering. Terkoyak pun ada, buat rasa diri tak selesa bila nak bercakap dengan orang

Tapi dengan lip matte keluaran Mary Jardin ni, in sha Allah takkan ada rasa bibir kering semasa dan selepas guna dia. Dun worry ye

Dr Maryam dah formulasikan yang terbaik antara yang terbaik untuk kita semua. Hasilnya memang sangat menakjubkan tauu

Testimoni Lip Matte Super Best, lembapkan bibir



Ada argan oil, rose flower oil  dan juga Vitamin E lagi. Sebab tu bibir kekal lembap je sepanjang masa pakai tu. Lepas pakai pun bibir still lembap. Dan semestinya takkan menghitamkan bibir sebab lip matte ni takde plumbum

Kalau adik kakak nak tau, plumbum la antara salah satu punca bibir kita hitam dan gelap

Jangan tak tahu, plumbum ni la buatkan warna lip matte atau lipstick kita kekal di bibir dan susah untuk ditanggalkan. Ingat je jangan pilih sembarangan dan jangan main hentam je pilih produk

Biar tak murah asalkan berkualiti dan selamat untuk kulit. Kulit kita ni nak pakai lama sampai ke tua. Ingat pesanan dari Jann ni ye kawan kawan. Jumpa lagi nanti!

Mary Jardin Every Woman’s Dream



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736
Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132

jannahamin169@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Terima kasih daun keladi :)