Monday 18 September 2017

Produk keluaran Mary Jardin

Assalamualaikum wrt,

Haa pada entry kali ni kjan nak kongsikan dengan anda semua tentang produk penjagaan kulit keluaran Mary Jardin iaitu:


  • Facial Soap
  • Face Oil
  • Detox Clay Mask
  • Serum

Facial Soap Mary Jardin

Haa inilah rupa Facial Soap. Secara umumnya, facial soap ni adalah sabun yang berfungsi untuk membersihkan kulit kita dari kotoran. Kotoran macam mana tu agaknya? Yelah, dalam kehidupan seharian kan kita terdedah dengan pelbagai habuk dan debu persekitaran. Yang nampak bolehlah kita buang, tapi yang tak nampak tu? Kesian, tersekat, tersumbat liang pori kita. Lepastu mula la muka naik jerawat, blackhead sekali dengan whitehead. Sentuh hidung terasa menggerutu je. Errkkk

Sebab tu la Dr. Maryam keluarkan sabun muka ni yang 100% dihasilkan dari susu kambing sepenuhnya tanpa air. Susu kambing kan terkenal dalam melembut dan melembapkan kulit, jadi bila pakai sabun Mary Jardin ni confirm kulit selembut bayi! 

Selain susu kambing, ada lagi 9 campuran bahan lain iaitu Bentonite Clay, Oat, Zinc Oxide, Minyak Lavender, Madu, Minyak Kelapa, Minyak Kelapa Sawit, Castor Oil dan Olive Oil. Semua bahan-bahan ni ada BANYAK khasiat tau. Selain dari mencuci pori, sabun ni jugak dapat menghilangkan radang, mengatasi kulit berminyak, mencegah jerawat dan lain-lain.


Face Oil Mary Jardin

Ok ini kjan perkenalkan, Face Oil Mary Jardin yang juga dikenali sebagai Magic Potion di kalangan penggemar produk Mary Jardin. Kenapa magic potion? Dah macam dalam cerita Harry Potter kan. hehehe. Sebabnya, dengan satu botol ni, seluruh keluarga dapat guna, tak kira emak, ayah, adik, abang, kakak, baby ke.

Face oil ni sesuai digunakan untuk semua jenis kulit tau, tak kira la kulit berminyak, kering, sensitif atau kombinasi semua boleh guna. Eh, kulit berminyak pun boleh pakai, tak menambah minyak ke kalau pakai face oil tu? Iya, betul boleh pakai. Sebab, dalam face oil ni ada jojoba oil yang berfungsi mengawal penghasilan sebum (minyak), kiranya boleh bagi minyak tu balance kat muka. 

Selain Jojoba Oil, ada lagi tambahan 8 campuran iaitu Argan Oil, Lavender Essential Oil, Avocado Oil, Rosehip Oil, Sunflower Oil, Tea Tree Oil, Castor Oil dan Seabucthorn Oil. Selain itu ada juga Vitamin E yang boleh mengurangkan kesan parut dan mencantikkan kulit. Nak hilangkan sunburn, nak rawat eczema, nak hilangkan jerawat, boleh guna face oil ni. Kan dah kata magic potion, so semua masalah face oil ni boleh selesaikan tau. 


Detox Clay Mask Mary Jardin
Ini Detox Clay Mask. Clay mask ni berfungsi untuk membuang segala toksin yang ada kat muka. Yela, walaupun kita guna sabun untuk cucian harian kan, tu sebenarnya buang kotoran kat lapisan luar kulit kita sahaja. Clay mask ni kita guna untuk cuci lapisan kulit yang lagi dalam. Guna clay mask ni confirm semua jerawat, blackhead dengan whitehead takut nak masuk dekat.

Dalam clay mask ni pulak ada 7 kandungan yang hebat-hebat. Antaranya Bentonite Clay, French Green Clay, Activated Charcoal, Papaya Extract, Oat, Lavender Buds dan Zinc Oxide. Kalau korang nak tau, clay mask ni terkenal dengan sifat yang menyerap kotoran dan minyak berlebihan. Ini semua angkara campuran bahan-bahan yang kjann cakap kat atas tu la. Selain dari tu, bila pakai nanti jangan menangis kalau tengok liang pori dah makin kecik.


Collagen Serum SPF30 Mary Jardin
Ini hot item! Memang produk laku keras. Mana-mana je mesti ada yang tanya pasal si cantik manis ni. Ish mana tak lakunya, serum ni memang dikenali ramai sebab memang best. Fungsi utama serum ni adalah untuk membaiki struktur kulit yang rosak dan melindungi kulit dari sinaran UVB. 

Selain dari tu, serum ni juga boleh merawat jeragat, merawat parut, menganjalkan kulit dan banyak lagi. Umur kita kalau makin meningkat, makin kurang la collagen dalam kulit kita. Itu yang sebabkan proses penuaan. Kang terkeluar kedut-kedut halus kat muka. Jadi, dengan serum ni, kita dapat topup atau tambah semula collagen pada kulit kita. Lama-lama nanti, kedut-kedut pun malu nak masuk dekat. Awet muda jadi nya.

Haa itulah sedikit sebanyak pengenalan tentang produk penjagaan kulit Mary Jardin. Sebenarnya ada lagi produk-produk lain, tapi yang itu kita akan cerita di lain entry. 

Terima kasih kerana sudi membaca :)



Salam Keceriaan dari saya,

Jannah Amin | Kjan | 004736
Mary Jardin Kota Bharu

SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132
jannahamin169@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Terima kasih daun keladi :)