Thursday 14 September 2017

Pengenalan MARY JARDIN

Assalamualaikum..

Ok, di entry ni Kak Jann nak perkenalkan orang yang bertanggungjawab di sebalik tabir Mary Jardin.

MARY diambil sempena nama Founder, iaitu Dr. Maryam, manakala JARDIN diambil dari bahasa Perancis yang bermaksud taman. Siapa Dr.Maryam ni?

Di bawah adalah profile CEO Mary Jardin

Dr. Maryam paling hadapan

Dr. Maryam Al-Batul Azizuddin
  • Top Scorer Medical Student UIAM Kuantan
  • HO (Doktor Pelatih) di Hospital Sungai Buloh (HSB) selama 2 tahun
  • MO (Doktor Perubatan) Medical di HSB & Dermatology (unit bawah medical) di HSB selama setahun
  • MO Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai selama 2 tahun
  • Resigned dan full-time focus pada MJ
Oleh kerana menyedari tentang bahaya bahan kimia kepada kulit, maka tercetuslah idea dari Dr. Maryam untuk mengeluarkan produk Mary Jardin yang berasaskan bahan natural dan organik. Pada mulanya, Dr. Maryam menghasilkan sabun buku yang berukir lavender di dapur Dr. Maryam sendiri di Kedah pada September 2016.

Produk awal dari dapur Dr. Maryam
Proses Pengeringan Sabun dari dapur Dr. Maryam
Walaupun masih setahun jagung dalam industri penjagaan muka di Malaysia, Mary Jardin mula dikenali oleh pengguna dek kerana kelebihan-kelebihan yang ada pada produk Mary Jardin yang dapat merawat jerawat, jeragat dan lain-lain masalah kulit. Produk Mary Jardin juga diyakini selamat dan suci kerana ia adalah produk homemade, dan sekarang berkembang kepada kilang bertaraf GMP.

Kualiti produk Mary Jardin juga adalah dikatakan setanding dengan produk natural jenama negara luar, kerana bahan asas yang digunakan berkualiti tinggi dan dipercayai dapat merawat pelbagai masalah kulit. Selain itu, produk Mary Jardin adalah dijamin bebas dari bahan kimia dan 100% Halal dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SSM -  Jardin Beauty Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Terima kasih daun keladi :)