Wednesday 13 September 2017

SALAM PERKENALAN



Assalamualaikum wrt, 

Salam perkenalan buat semua yang menziarahi blog ini. Pertama sekali saya perkenalkan diri, saya boleh dikenali sebagai Kjan, authorised agent untuk Mary Jardin. 

Blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi bersama anda semua tidak kira kaum wanita ataupun lelaki tentang produk kecantikan dan kesihatan yang berasaskan sumber Semulajadi (Natural) dan Organik (Organic).

Seperti yang kita semua tahu, tidak kira perempuan atau lelaki, masalah kulit wajah merupakan masalah yang paling penting dalam kehidupan seharian. Ramai yang menghadapi kulit bermasalah terutamanya di bahagian muka (wajah) seperti jerawat, jeragat, bintik hitam (blackhead) dan kulit berminyak. Disebabkan itulah ramai yang sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk mendapatkan wajah yang sempurna tanpa cela.

Namun, kebanyakan pengguna kurang menitik beratkan apa yang terdapat dalam kandungan produk kecantikan yang digunakan, sama ada bahan yang digunakan adalah selamat atau tidak. Mereka lebih sukakan produk yang memberi kesan seawal mungkin, namun tidak menyedari kemungkinan timbulnya masalah lain terhadap kulit wajah mereka.

Untuk pengetahuan semua, negara luar seperti US dan UK sebenarnya sudah lama mengeluarkan produk yang berasaskan bahan organik dan natural. Produk yang berasas dari sumber organik dan natural sememangnya dikenali dan berkembang pesat di sana kerana pengguna telah diberi kesedaran untuk tampil cantik dan sihat dengan menggunakan bahan semulajadi.


Di Malaysia, menyedari tentang kebaikan bahan natural dan organik untuk kesihatan dan kecantikan membawa Doktor Maryam dalam penghasilan produk Mary Jardin. Selain dari itu, bahan yang digunakan juga merupakan bahan premium yang berkualiti tinggi tapi boleh didapati dengan harga yang mampu milik. Menarik kan?

So, kjan akan berkongsi dengan anda berkenaan produk Mary Jardin di entry yang akan datang.

Terima kasih kerana sudi membaca dan jumpa lagi :)

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Terima kasih daun keladi :)