Monday 28 May 2018

Tips Merawat Kulit Berminyak, Berjerawat & Parut Hitam | Jann


Assalamualaikum semua. Haa nampak tak title tu kemain lagi kan

Harini Jann nak kongsikan sedikit artikel pendek untuk bacaan santai santai semua. Taknak la tulis panjang kang ada yang tertidur pulak time tengah baca. Hihi

Actually takdela tips ape sangat, cuma biasa la kita kan tak kira lelaki ke perempuan tambah tambah lagi yang muda remaja yang baru nak meningkat usia tu, jerawat dan kulit berminyak semestinya menghantui hidup mereka

Yang takde tu Alhamdulillah, tapi sian pulak tengok sesetengah orang tu. Siap ada yang tinggal parut hitam lagi kat muka comel tu kan. Tak memasal kena ejek dan buli. Huhh siann.  Bukan mintak pun kan

Ok la, bebel panjang pulak. Tu mukaddimah je, sila scroll bawah untuk baca lagi dan lagi

Tips Merawat Kulit Berminyak, Berjerawat & Parut Hitam



1) Pencuci muka – pastikan cari pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis dan keadaan/masalah kulit. Untuk yang berkulit sensitif, cari yang sesuai dengan kulit sensitif, jangan bedal pakai je nanti makin rosak kulit tu

2) Basuh muka setiap hari, tapi jangan terlampau kasar nanti boleh buatkan kulit jadi rosak yang boleh menyebabkan jangkitan bacteria

3) Jaga pemakanan. Haa yang ni ramai yang terlepas pandang. Untuk makluman, kalau nak elakkan jerawat dari tumbuh melata kat muka tu, sila jaga jaga dengan apa yang anda makan. Elakkan terlampau banyak makanan berminyak dan juga kekacang

4) Tidur yang mencukupi juga bagus untuk mengelakkan dari timbulnya jerawat di muka dan juga mengelakkan dari terhasilnya sebum atau minyak di muka

5) Guna makeup yang “noncomodegenic” yang mana tidak menyumbatkan liang pori. Liang pori tersumbat boleh mengakibatkan timbulnya jerawat dan minyak di muka

6) Bersihkan muka dari sebarang makeup sebelum tidur. Kulit yang tidak mampu bernafas boleh mengakibatkan timbulnya minyak dan juga jerawat

7) Rajin rajinkan buat masker yang berasaskan dari sumber natural yang boleh didapati dari dapur kita sahaja. Masker tersangat bagus untuk menghilangkan parut hitam di wajah dengan cepat dan mudah. Contohnya, ambil sebiji tomato dan lumurkan ke muka. Biarkan dalam beberapa minit di muka kemudian bilas. Ulangi 1 @ 2 kali seminggu sehingga mendapat hasil yang memuaskan

8) Elakkan kulit dari terus terkena sinaran matahari atau haba dari dapur. Pastikan memakai sunblock untuk mengelakkan kulit terbakar dan timbulnya bintik hitam di muka

9)  Jangan picit jerawattt. Ni ramai yang buat sebab geram kan. Tapi ketahuilah bahawa aktiviti memicit jerawat itu boleh meninggalkan kesan parut hitam dan merosakkan kulit. A big no ya

10)  Gunakan set skincare yang baik untuk kulit. Mary Jardin juga ada keluarkan Essential Set yang merangkumi sabun (pencuci muka), face oil (moisturizer) dan collagen Serum sebagai pelindung dari sinaran UV

Tips Merawat Kulit Berminyak, Berjerawat & Parut Hitam
Tips Merawat Kulit Berminyak, Berjerawat & Parut Hitam


Fungsi collagen serum


Manfaat Madu & Vitamin C Untuk Muka

Haa tu la sedikit Tips Merawat Kulit Berminyak, Berjerawat & Parut Hitam. Tadi kan kat tips no 7, Jann ada tulis kerapkan penggunaan masker pada muka. Kalau anda semua nak tahu, selain dari tomato, banyak lagi bahan di dapur yang kita boleh guna untuk merawat masalah kulit berjerawat, berminyak dan parut hitam

Antaranya MADU. Ye, madu ni manfaat nya sangat besar dalam mengembalikan keremajaan kulit. Madu juga tersangat bagus untuk mengecutkan jerawat dan menanggalkan sisa sisa yang berada di kulit kita

Selain dari tu, perasan tak yang Vitamin C pun banyak digunakan dalam pasaran produk skincare sekarang ni. Vitamin C ni tersangat bagus dalam merawat kulit. Antaranya, boleh membantu kita kekalkan keseimbangan kulit kita dan membuat kulit lebih moist

Untuk pengetahuan anda semua, madu merupakan bahan aktif dalam sabun muka Mary Jardin. Vitamin C juga digunakan dalam collagen serum. Tenyata manfaat kedua bahan mampu merawat masalah kulit kita semua



Boleh rujuk gambar di bawah untuk ketahui apa yang Essential Set Skincare Mary Jardin mampu buat untuk kulit anda semua

Testimoni Essential Skincare Mary Jardin








Mary Jardin Every Woman’s Dream



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736
Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132


jannahamin169@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Terima kasih daun keladi :)