Monday 7 May 2018

Mary Jardin Terbang Tinggi Dengan Kerjasama Dari AirAsia | Jann


Mary Jardin Terbang Tinggi Dengan Kerjasama Dari AirAsia
Mary Jardin Terbang Tinggi Dengan Kerjasama Dari AirAsia 


AirAsia, satu nama yang cukup dikenali oleh setiap rakyat Malaysia kan. Yang suka naik kapal terbang tu nama AirAsia ni kira dah sinonim, dah sebati dalam diri masing masing

Yela tambang terlajak murah kan, kalau kena masa dia, perghh boleh dapat dengan nilai 10 hengget je. Iyer seploh hengget tauuu, kalah tambang bas. Bas dari KL ke KB pun dah nak capai 50 hengget kan, masa pun terlajak jimat jadinya

Disebabkan tiket zaman sekarang ni terlajak murah, maka ramai la geng geng travellers dan backpackers timbul kan. Jann pun ada la pernah terjebak, sekarang dah insaf sekejap. Ingat nak round Malaysia dulu cuti cuti dalam negara. Hihi

Tu pun tak habis pusing lagi satu Malaysia. Dah boleh dah ni pilih satu destination untuk bercuti kan 😉

Mary Jardin Terbang Tinggi Dengan Kerjasama Dari AirAsia


Ohh ya. Ada tujuan sebenarnya artikel ni ditulis. Nak cakapnya yang Mary Jardin dah kembangkan sayap, dah terbang tinggi ke merata Malaysia dah dengan kerjasama dari AirAsia

Wehuuu syoknya geng Mary Jardin affiliates

Kalau sesape yang naik AirAsia tu, sila la belek belek majalah niaga tu ye. Nanti jumpalah tu satu page berkenaan barangan Mary Jardin

Kalau tak jumpa juga, lain kali kena la naik lagi

Boleh tengok gambar kat bawah ni antara gambar yang #maryjardinian lovers ambil dalam inflight magazine dan juga antara corak gambar bakal ada nanti ❤

Satu muka penuh Artikel Dr Maryam

Iklan skincare Mary Jardin
Yang ni bakal ada nanti 

Yang ni bakal ada nanti

Yang ni bakal ada nanti
  
Pengiklanan Produk Malaysia Ke Luar Negara

Dengan collaboration dengan AirAsia ni, makin besar la langkah Mary Jardin kan. Aim to be internationally dalam masa beberapa tahun ni. Haritu pun dah ada meeting dengan syarikat dari Rusia, harapnya menjadi. In sha Allah dengan izin Allah

Jann ni sebenarnya adalah seorang yang sangat sangat happy bila tengok produk buatan rakyat Malaysia kat luar negara. Yep seriously, tak tahu kenapa, tapi hati pun turut terharu bila ada ternampak orang luar negara sukakan produk kita. Maksudnya rakyat Malaysia ni pun berkebolehan tinggi la kan bila ada yang suka

Anda tak bangga? Jann sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Hihi mentang mentang nak mengundi ni kan, kita pancing undi sikit :p

Tak semestinya Mary Jardin la, mana mana produk pun Jann sokong. Makanan ke, pakaian ke, produk kecantikan, atau kosmetik sekalipun, sebab itu membuktikan yang negara kira pun mampu mengeluarkan rakyat yang berkualiti dan produktif

Ok back to Mary Jardin, dengarnya nanti pun akan ada collaboration dengan negara luar yang lain seperti India, Indonesia dan dotdotdot. Rahsiaa hehehe nanti Jann up kat posting lain ya

Strategi Pemasaran Online Baru Yang Lebih Efektif

Ok kembali pada collaboration dengan AirAsia dan yang lainnya tadi, sebenarnya medium pemasaran secara online dan offline ni sangat sangat membantu para agent untuk berbisnes dengan Mary Jardin. Ye la, mana taknya bila orang tengok iklan Mary Jardin kat mana mana, semestinya dia akan cari cara atau agent untuk dapatkan sesuatu produk tu

Selain lebih memperkenalkan Mary Jardin kepada orang ramai di serata tempat, sangat memudahkan urusan agent kan. HQ kenalkan secara permukaan, dan agent yang akan elaborate tentang sesuatu produk tu dengan lebih panjang kepada para customer

Mary Jardin ni kan, kalau sesape yang dulunya ikuti perkembangan dia akan tahu yang Mary Jardin cuma guna pengiklanan Zero Cost Marketing. Iyep, yang ada cuma penggunaan facebook dan medium pemasaran yang lain contohnya instagram dan melalui web

Tapi jangan tak tahu yang walaupun guna medium marketing yang FREE, jualan tetap mencapai 1 juta dalam masa 3 bulan baru beroperasi! Fuhhh hebat

Kuasa Facebook kan, jangan pertikai. Facebook ni merupakan satu strategi pemasaran online baru yang lebih efektif berbanding secara offline. Boleh dikatakan dalam setiap keluarga di Malaysia, 30% je yang takde socmed (social media: FB, instagram, wechat, whatsapp etc)

Tapi tu kisah awal awal penubuhan dulu, sekarang ni Mary Jardin dah melangkah setapak demi setapak makin jauh dahh. Bermula dengan iklan kat radio Ikim.fm, Mary Jardin masuk TV dan seterusnya sekarang ni dah joint collaboration dengan AirAsia pula ❤❤

Dr Maryam dalam TV Alhijrah

Dr Maryam dan suami dalam paper Sinar Harian

Tak cukup ke dengan iklan di Facebook sahaja?

Yess, tak cukup. Kita kan kalau nak perjalanan bisnes kita smooth atau nak sustained di dalam industri, kita mestilah kena cater semua jenis medium pemasaran kan. Kalau kata dengan Facebook sahaja memang tak cukup. Kenapa agaknya ya?

Sebabnya, kalau perasan kan, makcik makcik yang kat rumah tu kebanyakannya memang takde Facebook. Handphone pun guna yang bukan smartphone, jadi mana nak ada akaun Facebook kan. Lagipun, orang lama ni lebih percaya apa yang mereka nampak dalam TV, yang keluar iklan gah kat TV

So untuk golongan ini kita guna medium pemasaran yang lain yang boleh catch minat mereka iaitu melalui televisyen, surat khabar dan juga stesen radio. Kita tarik minat mereka yang lagi 30% macam Jann tulis kat atas tadi

Nak bisnes makin maju kena buat macam tu la kan. Kita buka langkah satu persatu pastu lama lama nanti dah boleh berlari dah, tak payah pandang belakang lagi. Online dan offline haruslah selari kan

Ok, terima kasih sebab sudi baca. Jumpa lagi


Mary Jardin Every Woman’s Dream



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736
Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132


jannahamin169@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Terima kasih daun keladi :)