Monday 7 May 2018

5 Tips Mencegah & Pudarkan Jeragat Secara Semulajadi | Jann


Gambar ihsan Google

Jeragat ohh jeragatt

Muda, remaja atau tua, lelaki atau perempuan semestinya menghadapi masalah jeragat kan. Ada yang tak tahu jeragat tu ape? Ish ish ish. Cuba check kat kulit muka memasing tu ada tak bintik bintik hitam? Kebanyakan biasa dia timbul tu kat bahagian pipi dengan hidung

Haa ada kan? Itu lah nama dia jeragat atau pigmentasi. Nak tau camne jeragat atau pigmentasi ni boleh terjadi? Keep scrolling info di bawah ye  

Segan kan kalau terjumpa dengan orang, dipandangnya kita. Kalau tahi lalat tu takpe la ada banyak banyak pun sebab jadi pemanis wajah, tapi ni kalau muka penuh berjeragat, orang pun pandang semacam je >.<

Nak pudarkan jeragat pun punyalah payah dan susah kan. Bila dia timbul tu kan, jangan berangan la dia hilang dengan sendirinya macam tu je. Malah makin membesar dan membiak dengan jayanya kalau dibiarkan. Huhu

Masalah betul kan. Satu info penting jeragat – sekali dia dah naik, memang takkan boleh dihilangkan. So memana produk kalau kata boleh hilangkan terus jeragat tu sembang je tu. Jeragat takleh dihilangkan terus tetapi hanya boleh dipudarkan saje tau. Once dia naik, bekas dia akan kekal ada kat situ

Kalau berduit, sebenarnya takde masalah pun untuk merawat masalah jeragat ni. Buat je rawatan laser kat mana mana klinik kulit. In sha Allah selepas tu konfem cantik meletopps tanpa sikit pun jeragat atau bintik hitam kat muka. Tapi ongkosnya ya ampunnn, mahal sangat la. Kalau takde duit mohon jangan buat, kang nanti tersandar menangis bucu katil tepi dinding. Hihi

Kenapa Jeragat Datang Singgah Kat Muka?

Ada yang tahu apa punca punca jerawat timbul kat bahagian muka? Tak tahu? Ok ni Jann kongsikan kenapa benda ni terjadi. Antaranya:

-        Selalu berjemur bawah matahari. Haa jangan tak tahu yang sinaran dari matahari boleh buatkan kulit kita ni timbul bintik bintik hitam a.k.a jeragat. Takleh buat ape dah kan, Malaysia ni hari hari panas
-        Memasak. Iyeee, haba panas dari dapur pun boleh sebabkan timbulnya pigmentasi. Tapi, takkan la taknak memasak, habis tu nanti nak makan apa
-        Genetic. Yang ni takleh nak disangkal sangkal lagi. Dah keturunan nak buat camne dah
-        Umur. Yang ni pun sama, makin berumur, kulit mudah terhakis dan nipis, jadi senang la untuk terjadinya jeragat

Dah baca punca dia kan. Jeragat ni sebenarnya kalau kita jaga kulit bebetul, in sha Allah dia takkan naik sangat. Malah, kita kena tahu apa yang boleh kita buat untuk mencegah dan pudarkan jeragat dengan tak perlu keluarkan modal yang besar

5 Tips Mencegah & Pudarkan Jeragat Secara Semulajadi


Haa punya panjang kan intro jeragat. Ok back to the title, kalini anda semua tak payah nak susah susah keluarkan modal yang besar untuk pudarkan jeragat kat muka tu. Bawah ni Jann kongsikan 5 Tips Mencegah & Pudarkan Jeragat Secara Semulajadi hanya dengan menggunakan barangan di dapur je

1. Baking Soda (Serbuk Penaik)


Biasa dengar baking soda atau serbuk penaik kan? Kalau yang suka masuk dapur confirm akan kenal ni. Banyak fungsi baking soda ni sebenarnya, malah ia sangat baik untuk kulit muka, badan dan rambut. Kiranya bagus untuk seluruh badan la kan

Baking soda ni bagus untuk membuang lebihan minyak pada muka, buang kotoran dan juga kulit mati pada wajah. Caranya, ambil sesudu teh baking soda, campurkan dengan sedikit air dan jadikan ia sebagai pes. Tampalkan di tempat bermasalah selama beberapa minit, kemudian bilaslah

Lakukan dengan dua atau tiga kali seminggu untuk kesan yang terbaik. Oh yaa, jaga jaga bagi yang berkulit sensitif jangan terus buat ya. Kena tengok reaction dahulu kalau ok, boleh teruskan. Kalau tak ok jangan mengada nak pakai juga

2. Oat

Tahu oat kan? Oat ni salah satu makanan yang sangat bagus untuk diet. Oat juga berfungsi sebagai salah satu agen pengelupasan yang baik untuk buang sel kulit mati dan juga kotoran yang ada pada wajah. Selain tu, oat ni menjadi penyerap minyak yang berlebihan di muka kita

Antara cara menggunakan oat ni ialah dengan mencampurkan beberapa sudu oat dengan yoghurt, lemon atau madu. Nak campurkan semua sekali pun boleh. Yang pastinya lebihkan sudu oat dari bahan yang lain. Basuh muka dan letakkan campuran oat ni pada muka. Biarkan selama 10 ke 20 minit sebelum anda basuh

Buat 1 atau dua kali seminggu ya. Test dulu untuk check sesuai atau tak dengan kulit

3. Lemon Juice (Jus Lemon)

Lemon pun sangat bagus untuk menggelupaskan kulit dan juga sangat menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit baru. Selain tu, disebabkan sifatnya yang astringen, lemon boleh membantu menghilangkan minyak yang berlebihan pada muka

Caranya, celupkan kapas atau kain tuala kecil ke dalam jus lemon dan letakkan pada muka anda. Biarkan selama beberapa minit dalam 20 ke 30 minit selepas tu bilaslah macam biasa dengan air sejuk. Lakukan berulang kali sebelum masuk tidur ya

4. Cuci Muka Dengan Kerap

Yang ni sebenarna benda yang paling penting sekali kita kena buat secara harian. Muka kena cuci bebetul, dan juga kena la kerap cuci. Jangan harini cuci, minggu depan pula baru sambung cuci balik. Takmo takmo yee, jangan begitu. Jagalah kebersihan

Cari pencuci muka yang betul, yang mana fungsi dia merangkumi cucian untuk kawal penghasilan minyak, yang boleh mencuci sel sel kulit mati dan bakteria dari wajah. Lakukan paling maksimum dua kali sehari ya, jangan lebih lebih nanti muka jadi terlebih kering pula

5. Guna Sunscreen Atau Sunblock

Sunscreen atau sunblock pun tersangat penting ya. Dah baca atas tadi kan punca terjadinya jeragat dan pigmentasi, kebanyakan puncanya adalah dari sinaran UV. Sinaran UV yang berlebihan ini lah yang menggalakkan lagi pertumbuhan jeragat dengan jayanya

Paling tidak pun, carilah sunscreen yang mempuanyai SPF15 atau dah memadai dengan SPF30 yang bersesuaian dengan semua kulit. Kalau dah di prescribed oleh doctor untuk dapatkan SPF50, cari yang punya SPF50 ya. Jeragat ni kena la cegah dari awal kan. ‘Mencegah itu lebih baik dari mengubati’

Cara Mengatasi Masalah Parut Jerawat Yang Teruk

5 Tips Mencegah & Pudarkan Jeragat Secara Semulajadi
Siap ada SPF30 untuk protect kulit dari sinaran UV

Alang alang tu, Jann nak kongsikan dengan semua yang Collagen Serum Mary Jardin pun dah ada siap siap dah SPF30 dalam tu, malah fungsi dia lebih lagi untuk merawat segala masalah lain kulit. Selain untuk mengatasi masalah jeragat, pun boleh untuk merawat masalah jerawat dan parut jerawat yang teruk


Boleh rujuk gambar di bawah untuk bahan dan fungsi setiap bahan yang boleh merawat masalah kulit anda semua

Antara bahan dalam Collagen Serum SPF30








Testimoni Collagen Serum Mary Jardin Anjalkan Kulit

Selain tu, dalam serum ni pun ada collagen dari ikan salmon. Kenapa ikan salmon ya?

Sebabnya, partikel dari ikan salmon ni sebenarnya lagi kecil dari saiz liang pori kulit kita tu. Bila saiznya lagi kecil, mudah lah ia meresap terus ke dalam kulit. Salmon collagen ni lagi bagus tau dari collagen haiwan yang lain


Kulit kita ni, makin dah berumur, atau senang kata bila dah mencapai 20 tahun ke atas umurnya, collagen dalam badan makin menipis. Ia diibaratkan macam kita beli tilam 5 tahun yang lepas, makin lama tilam tu makin mengendur kan. Camtu juga kulit kita, makin lama makin mengendur seiring dengan perubahan usia kita

Jadi, nak tak nak mestila nak kena topup semula kan collagen dalam kulit tu. Nanti takde la orang tengok usia masih muda, tapi muka dah berkedut seribu. So kita anjalkan balik kulit kita untuk kelihatan seiring dengan usia ataupun boleh la jadi awet muda!

Jann akhiri article ini dengan beberapa testimoni yang berjaya kurangkan jeragat pada wajah, yang berjaya merawat semula masalah parut jerawat yang teruk dan juga beberapa masalah lain kulit. Yang baik datangnya dari Allah dan yang lemah itu datang dari kita sendiri. Terima kasih sudi membaca






Ok, terima kasih sebab sudi baca. Jumpa lagi


Mary Jardin Every Woman’s Dream



Salam Cantik Secara Semulajadi dari saya,
Jannah Amin | Jann | 004736
Mary Jardin Kota Bharu, Kelantan
SMS | WhatsApp | Telegram  60179808132


jannahamin169@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai. Terima kasih daun keladi :)